Chemorian Chapter

Just humble little words from a humble little lady about her humble little world…

About me by Google Image January 20, 2009

Filed under: others — lavenderina @ 6:46 pm
Tags: ,

Aku telah ditag oleh Hadi.. Hahaha padehal Hadi tu pun tak kenal aku ni sapa hahaha.. Aku sebenarnya layan gak blog budak ni sebab dia macam giler sikit, dan aku pun terjumpalah tag ni.. Di bawah ruangan siapa yang nak ditag kan oleh beliau, beliau berkata sesiapa sahaja yang ada tenaga.. So aku rasa aku yang amat bertenaga di ketika ini pun termasuklah dalam golongan tersebut so inilah hasilnya..

 

Rules: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.

I am:

giler hebat aku rasa hahaha

 

I really want to go to:

 salah.. bukan spain.. pegi makan daaa hehehe

 
My favourite place:
 
huhuhu bestnya kalo ada bilik tido cenggini huhuhu

 

 

My favourite thing:

 
hahaha bedroom is soooo my thing

 

 

My favourite drink:

aku taktau pun ni air apa, tapi maksud yang cuba ku sampaikan adalah teh o ais limau.. dekat2 la tu kan hehehe
My favourite food:

 

 

My favourite colour:

 

 

I was born in:

yep.. di rumah di chemor.. walaupun rumahnya takdelah sehebat ini sebenarnya hehehe
I live in:
hahaha how i wish

 

 

My school:

 

 

My favourite story:

 

See full size image

LOTR rocks hehehe
 
 
 

 

 

My hobby:

hakhakhak
I wish I am:

lying on the buaian huhuhu
Aku nak tag:
Kak Nisa dan Kak Dura, sebab aku rasa diorang je yang baca blog ni hehehe
 

Empati dan Pengguna Jalan Raya part 2 January 20, 2009

Filed under: piece of mind — lavenderina @ 4:50 pm
Tags: , ,

Pagi ini semasa hendak memulakan perjalanan mencari rejeki aku berharap agar tiada kesesakan lalu lintas supaya aku dapat sampai tepat pada waktunya, sementelah aku pun telah terlambat sebab tertidur semula setelah sarapan roti canai dan milo.. Aku hanya terbangun semula jam 9 pagi sedangkan aku sepatutnya mula bergerak jam tersebut bagi membolehkan aku sampai tepat pada masanya.. Maka dengan kelajuan halilintar berganda aku bersiap dan berjaya mengeluarkan diri dari rumah pada jam 9.20 pagi.. Pantas kan hehehe..

 

Tapi malangnya MRR2 sesak juga, walaupun sudah melepasi waktu puncak.. Akupun tak faham kenapa kesesakan itu berlaku jadi akupun dengan sabar memandu sambil memanjang-manjangkan mata mencari punca kesesakan tersebut..

 

Selepas melepasi sebuah susur keluar tiada lagi kesesakan di MRR2..

 

Tak perlu kemalangan..

 

Tak perlu pemeriksaan oleh polis mahupun JPJ..

 

Cuma perlu pemandu-pemandu yang mementingkan diri yang walaupun hendak keluar melalui susur ke kiri masih berada di lorong kanan sehingga lagi 2cm nak sampai ke susur tersebut barulah terhegeh-hegeh nak tukar lorong, ditambah pula dengan pemandu-pemandu di lorong tengah yang kalau boleh taknak berikan ruang untuk pemandu-pemandu busuk di lorong kanan yang nak keluar ke susur kiri ini, juga pemandu-pemandu di lorong kiri yang lembap nak mampus macam ada orang melintas setiap minit kat depan tu..

 

Kombinasi yang baik bagi mencipta kesesakan lalu lintas.. Tahniah..

 

Dan lagi satu,  aku rasa tak perlulah pemandu-pemandu di negara ini cuba menjaga had laju kenderaan lain, dengan mematuhi arahan had laju 80kmj sambil berada di lorong kanan.. Ya aku faham  dia tidak ingin melanggar arahan atau ingin menjimatkan minyak atau ingin menjaga keselamatan tetapi tidak perlulah dia memastikan orang lain juga melakukan perkara sama  dengan memandu di lorong kanan supaya orang lain tidak dapat memotong beliau justeru tidak dapat mengatasi kelajuan beliau.. Perkara itu bagaimanapun hanya akan menimbulkan kemarahan, dan mendorong pengguna yang betul-betul dalam keadaan terdesak agar menukar lorong di sini sana supaya tidak terikat dengan kelajuan tersebut, sambil berdoa agar tidak ditimpa kemalangan..

 

Lagi sekali kawan-kawan sepermanduanku sekalian, empati.. Cubalah letakkan kaki anda di kasut pemandu-pemandu lain.. Ya walaupun ia mungkin busuk namun suatu hari di masa hadapan mungkin anda juga akan mengalami situasi itu.. Fikirkanlah..

 

 

Empati dan pengguna jalan raya January 19, 2009

Filed under: piece of mind — lavenderina @ 7:48 pm
Tags: , ,

Bekerja di tempat yang jauhnya 50km dari rumah, aku merupakan pengguna jalanraya yang tegar, terutama MRR2 dan Lebuhraya PLUS menuju ke selatan..

 

Aku kurang rungutan tentang lebuhraya PLUS kerana lebuh raya tersebut kurang sibuk pada waktu-waktu biasa kecuali menjelang cuti panjang di mana orang-orang bandar biasanya berebut-rebut hendak pulang ke kampung masing-masing bagai tiada hari esok, menyebabkan kesesakan luar biasa, terutama apabila ditambah dengan hujan yang selebat-lebatnya..

 

Cuma satu kelemahan lebuh raya tersebut aku rasa adalah kerana pengguna perkhidmatan Touch n Go yang selalu terhegeh-hegeh hendak mengeluarkan kad masing-masing hanya setelah sampai di plaza tol, berbanding aku yang apabila terlihat sahaja bumbung plaza tol tersebut dari jauh sudah bersiap sedia dengan kad tersebut di tangan..

 

Sesungguhnya tabiat mengeluarkan kad Touch n Go pada saat-saat akhir itu amatlah tidak wajar kerana mampu menyusahkan orang lain, di mana aku sendiri pernah mengalaminya apabila pemandu di hadapan aku hanya terdetik untuk mengeluarkan kad tersebut apabila sudah sampai ke pondok tol itu, malangnya beliau tidak berjaya menjumpainya, sehingga menyebabkan beliau keluar dari kereta dan cuba melihat-lihat di bawah tempat duduk kereta, ya di pondok tol tersebut.. Kemudian aku yang malang ini terpaksalah mengundurkan semula kereta dan pergi ke lorong yang lain sambil memandang beliau dengan pandangan yang tajam dan kejam sambil berkata “kalau aku pijak mampoih dah dia ni” di dalam hati, sementelah beberapa minit penantianku agar beliau menjumpai kad Touch n Go beliau tidak berhasil..

 

Nah jikalau beliau bersiap sedia dari awal sudah tentu beliau dapat mengesan kehilangan kad itu sedari awal, justeru beliau boleh berhenti di lorong kecemasan atau kawasan rehat untuk mencari kad itu, justeru kejadian memalukan yang menyebabkan perjalanan beliau, aku sendiri dan pemandu-pemandu lain terganggu itu tidak akan berlaku.. Semudah itu..

 

Mengenai MRR2 pula, boleh dikatakan aku mempunyai hubungan cinta-benci (love-hate relationship) dengan lebuh raya ini.. Aku amat mempunyai masalah dengan jalan ini, dari segi jalannya dan juga pemandu-pemandu lain yang menggunakannya..

 

Dari segi jalan, MRR2 memanglah tidak memuskan hati berbanding kos pembinaannya yang melebihi RM238 juta, ditambah pula dengan kos membaik pulih keretakan sebanyak RM70 juta tidak lama dahulu.. Dengan lubang yang punyalah mengambil masa untuk dibaiki, juga penutup-penutup lubang (yang dikorek untuk tujuan apa aku tak tahu) yang amatlah berselerakan sehingga kalau nak memecut pun terpaksa mengelak di sana sini.. Bayangkan kalau aku kerja sejauh 50 km, takkanlah aku nak memandu 50km/j, pukul berapa baru aku nak sampai kan..

 

Pemandu-pemandunya pula tak kurang hebatnya.. Sudahlah jalan tersebut sememangnya akan jem sementelah penggunanya ramai, terutama bagi perjalanan menghala ke Ampang pada waktu puncak.. Tetapi yang paling menyakitkan hati adalah pemandu-pemandu yang tergolong dalam jenis oh-aku-sorang-je-yang-dah-lambat-pegi-keje-so-korang-semua-tepi-sikit.. Aku pun tak faham kenapa ada manusia dilahirkan dalam jenis ini.. Tak pernah terfikirkah mereka, tindakan menggunakan lorong kecemasan dan mencilok ke sana-sini akan hanya menambahkan kesesakan.. Dan tak pernah terfikirkah mereka apakah perasaan pemandu-pemandu lain yang telah beratur berjam-jam, alih-alih mereka pula cuba memotong barisan.. Kalau aku memang tak kasi can, walaupun akan menyebabkan kecalaran kepada buah hatiku, dan pada suatu ketika sehingga menyebabkan cermin sisi orang yang cuba memotongku itu patah, namun itulah pengorbanan yang harus dilakukan bagi mengajar manusia erti pendirian..

 

Semasa bekerja di bidang perhotelan dulu aku sentiasa diajar dan mengajar erti empati.. Dalam setiap tugasan yang aku lakukan akan cuba aku terapkan ciri-ciri itu supaya setiap pelanggan dapat menikmati sepenuhnya percutian mereka di situ.. Mungkin kerana itu aku sentiasa menerapkan ciri-ciri ini dalam setiap pergerakan harianku, termasuk dalam pemanduan.. Aku tak ingin mengatakan bahawa aku pemandu yang bagus, ya aku akui aku juga kadang-kadang lalai dan dungu, tapi aku akan tetap memikirkan perasaan orang lain bagi setiap tindakanku.. Jadi aku amat kesal, amat amat kesal apabila ada manusia lain yang begitu mementingkan diri sendiri di jalan raya, bagai jalan itu mak bapak diorang yang punya.. Kalau betul mak bapak diorang yang punya takpelah jugak, tapi sekalipun bapak diorang bernama samy vellu, jalan itu tetap bukan mereka yang punya kerana ia dibina di atas wang cukai.. Jadi ia adalah milik kita semua dan tiada siapa yang memiliki hak mutlak terhadap jalan tersebut, hatta perdana menteri sekalipun..

 

Aku sebenarnya sudah lama menjeruk rasa mengenai perkara ini dan aku harap luahan hati aku ini dapat dibaca oleh rakan-rakan sepenggunaan jalan yang lain, juga pihak-pihak berwajib yang boleh mengambil tindakan bagi mengatasi masalah tersebut.. Dan aku amat berharap agar keadaan ini dapat dibaiki, bukan untuk aku sahaja tetapi untuk kesejahteraan semua..

 

Cewah rasa cam wakil rakyat pulak hehehe..

 

 

Azam 2009 January 7, 2009

Filed under: ramblings — lavenderina @ 3:29 pm
Tags:
Gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan entry ini..

bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali dengan nama Datuk Zam.. Gambar ini bagaimanapun hanyalah sekadar hiasan, tiada kena-mengena dengan entry ini..

Saya ada ramai kawan yang tidak mahu berazam pada tahun ini kerana kata mereka azam tahun lalu dan azam tahun sebelumnya dan sebelum sebelumnya juga belum termakbul lagi.. Saya amat kasihan kepada mereka yang tidak berjaya untuk merealisasikan azam masing-masing, tetapi saya melihat mereka sendiripun tidak kasihan kepada diri masing-masing justeru saya pun menarik semula rasa kasihan tersebut untuk diberikan kepada diri saya sendiri, kerana saya juga tidak berapa berjaya untuk merealisasikan azam saya tahun lalu..

 

Azam saya tahun lalu seperti biasa adalah untuk menguruskan badan, di mana saya hanya berjaya sedikit pada peringkat awalnya iaitu sebelum menjalankan perkahwinan. Namun selepas itu badan saya ini bagai dipam-pam, malah saya juga kurang berinisiatif untuk mengurangkan makan mahupun tidur. Maka hasilnya… tidak perlu diperkatakan lagi.

 

Tahun lalu saya juga berazam untuk menghentikan satu tabiat yang boleh membahayakan kesihatan sekaligus menjahanamkan kedudukan kewangan, dan saya amat berbangga kerana dapat menghentikannya walau saya hanya berjaya ketika di hujung-hujung nyawa, eh silap hujung-hujung tahun.. Dan itupun kerana saya membawa seorang lagi umat Muhammad di dalam perut saya, yang membuatkan saya bertekad menghentikan tabiat itu.. Bagus anak mama, dalam perut lagi dah selamatkan mama..

 

Jika difikir-fikir semula sebenarnya banyak azam saya sudah tercapai, termasuklah mengahwinkan diri, membuntingkan diri, mendapatkan rumah baru untuk ayah dan ibu dan sebagainya..

 

Jadi pada tahun ini saya berasa ingin membuat azam-azam baru yang dapat dijadikan hala tuju bagi menempuh tahun yang baru ini ceewahh hehehe.. Maka azam-azam tersebut adalah seperti berikut:

 

1. Sentiasa mengemaskinikan blog ini, supaya nasibnya tidak akan menjadi seperti dua blog saya sebelum ini, yang dibiarkan tanpa sebarang kemasukan dan kemasukan yang ada juga lebih menyerupai jahanam..

 

2. Cuba menggunakan satu bahasa sahaja bagi setiap kemasukan, seperti yang saya cuba lakukan pada kemasukan ini, walaupun terdapat beberapa istilah yang memeningkan kepala dan boleh menimbulkan keraguan, namun ternyata ia bukan salah saya apabila orang dbp ingin makan gaji buta..

 

3. Cuba menguruskan badan sekurus-kurusnya setelah saya melahirkan nanti, dengan berpantang sekeras-kerasnya, dan diet sesungguh-sungguhnya, dengan harapan badan saya akan kembali comel seperti dulu kala.. Walaupun berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin orang ramai akan ragu-ragu dengan azam ini, namun ini adalah azam saya jadi pedulik hape aku..

 

Setakat ini hanya inilah azam yang dapat saya fikirkan, tidak termasuk Encik Azam yang merupakan bapa saudara suami saya, juga Zam Zam Alakazam yang memang tiada kena mengena dalam kehidupan saya.. Saya amat berharap supaya kesemua azam ini dapat dicapai terutama yang nombor tiga, kerana ia merupakan cita-cita saya sejak menceburkan diri dalam bidang penternakan lemak ini.. 

 

Semoga saya berjaya!! Amin..

 

 

p/s: zam zam alakazam juga rupanya boleh juga menjadi nama orang.. sungguh sukar dipercayai.. tak percaya? cuba try google, takpun cari di muka buku..

 

Selamat tahun baru (walaupun dah tak baper nak baru huhu) January 6, 2009

Filed under: dedications — lavenderina @ 7:18 pm
Tags:

Yeah I know.. Its kinda too late for me to wish happy new year since today is the 6th day of the year.. But still its only been 6 days.. Considering the whole year consist of 365 days, 6 days are nothing right..

 

Anyway it looks like every blog should wish happy new year while having some sort of round up for the whole last year, so I’m not gonna exclude mine.. 

 

So here we  go..

 

Last year has been like a roller coaster ride for me.. Satisfied with almost 27 years of a bachelor life, I decided to be somebody’s wife last March.. Alhamdulillah it was all went well, despite the fact that it was a polling day..

 

Yeah I was very upset with the suppose-to-be-wise pm that denied he was going to dissolve the parliament but decided to do it when he woke up the next morning.. He ruined everything.. I dont even know how to start.. My cuti was being cut short, my reporter friends could not come because they were scattered all around Malaysia to cover the whole thing, from nomination to polling day itself, my other friends and relatives could not come becos they went back their hometown to vote, n so on n so forth..

 

Thats why when the lovely pm’s party lost in Perak, my hometown, I was laughing out loud in mungkin-ini-balasan-tuhan style, although later I found the decision by fellow Perakians to vote for the pembangkang then wasnt so wise as many of the new state government decisions are rather untuk kepentingan seseorg atau sesebuah bangsa yg sememangnya sudah kaya raya..

 

I’m not interested in talking politics this time so I’ll give it a skip.. Back to the story..

 

After marriage not much happened to me, except for the new home, and a new family (in laws) who live just around, and a new body which was far tembam-er hehe.. Yeah it was kinda hard to adjust to a  sharing life though it wasnt entirely new.. But we manage to live with it, and now we are waiting for our first baby which scheduled to be born in August.. Alhamdulillah for the most precious gift, and hopefully everything will turn out fine.. InsyaAllah..

 

Last year my parents also moved to a new house, built on loan applied by me, and paid by five of my siblings.. Its a nice not-so-big, not-so-small house, which could accomodate all of us at any time.. For me I was thankful for the new house as my wish to fulfill my parents’ wish to stay at a new nicer house before they die came true.. Yeah I do understand how they feel.. Drp mula2 kawin sampailah dua tiga org anak2 diorg dh kawin diorg still tggl di rumah papan beratap zink, yg teramat panas apabila matahari terik dan teramat sejuk apabila hujan lebat.. Kalau takat sejuk je takper juga ini siap ngan bumbung bocor, kena tadah taperwer eskrem supaya rumah x basah dan hasilnya bertimbun2lah kain buruk yg menjadi korban kebasahan itu..

 

Rumah dulu jugak betul2 di tepi sungai, so bila hujan je risau tanah runtuh, smpai ada satu ketika aku takut nak pegi ’membuang’ kerana tempat itulah yg paling hampir dgn sungai itu.. Bayangkan aku tgh mencangkung tetiba berlaku kejadian tanah runtuh dan aku tak sempat nak pakai towel balik, macamana? Takkan nak mintak tlg org ramai malula aku.. Habis gmbr aku kuar internet nnt hehehe..

 

But again Alhamdulillah, wpun banyak cubaan dan dugaan, rumah baru itu berjaya disiapkan, dan kedua ibu bapaku dapat tinggal di dalam rumah yg lebih selesa.. Puas hatiku melihat cahaya keriangan mereka apabila dpt tggl di rumah baru, dan aku juga harap tahun ini aku dan adik bradik yg lain dpt mengupgradekan rumah tersebut menjadi lebih best, termasuk membuat oning dan pagar.. InsyaAllah..

 

Workwise, aku dipindahkan ke biro sebuah lagi wilayah persekutuan yang jaraknya 50km dari rumahku.. Diberitahu pula hanya selepas aku berkahwin dan telahpun berpindah ke rumah baru.. Kalau dia bgtau seblum kawin kan aku bole cari rumah dekat2 sket.. Ni baru pindah takkan nak pindah lagi.. 

 

But anyway, aku enjoy sangat keje kat sini.. Mmg mula2 agak sukar dgn kws baru kengkwn baru tugasan baru tapi Alhamdulillah aku manage utk survive till now aku rasa aku dh jd sebahagian drpd kws ni.. Tambah lagi dgn bos yg super duper sporting (kecuali kalo ko mess up ur work or his work), n very flexible on working hrs.. So walaupun jauh beribu batu bak kata alleycats aku tetap enjoy bekerja di sini..

 

On summary, my life has been great last year.. Yeah there were parts where I get upset and stumble upon and everything but most of it has been great.. And I hope for a better year ahead, not just for me but also for my lovely hubby, my future baby, my mak, my ayah, mama, abah, akak, achik, wa, yop, atar, yang, uda, kak nisa, kak dura, and every single person who shine my life.. Becos its their prayers that kept me up during my downs and light me up in my dark moment cewahhh hehehe..

 

Thank you everybody for being with me at evrytime.. May we all have a blessed year ahead.. Amin..

 

Happy New Year 2009

 

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.