Chemorian Chapter

Just humble little words from a humble little lady about her humble little world…

Azam 2009 January 7, 2009

Filed under: ramblings — lavenderina @ 3:29 pm
Tags:
Gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan entry ini..

bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali dengan nama Datuk Zam.. Gambar ini bagaimanapun hanyalah sekadar hiasan, tiada kena-mengena dengan entry ini..

Saya ada ramai kawan yang tidak mahu berazam pada tahun ini kerana kata mereka azam tahun lalu dan azam tahun sebelumnya dan sebelum sebelumnya juga belum termakbul lagi.. Saya amat kasihan kepada mereka yang tidak berjaya untuk merealisasikan azam masing-masing, tetapi saya melihat mereka sendiripun tidak kasihan kepada diri masing-masing justeru saya pun menarik semula rasa kasihan tersebut untuk diberikan kepada diri saya sendiri, kerana saya juga tidak berapa berjaya untuk merealisasikan azam saya tahun lalu..

 

Azam saya tahun lalu seperti biasa adalah untuk menguruskan badan, di mana saya hanya berjaya sedikit pada peringkat awalnya iaitu sebelum menjalankan perkahwinan. Namun selepas itu badan saya ini bagai dipam-pam, malah saya juga kurang berinisiatif untuk mengurangkan makan mahupun tidur. Maka hasilnya… tidak perlu diperkatakan lagi.

 

Tahun lalu saya juga berazam untuk menghentikan satu tabiat yang boleh membahayakan kesihatan sekaligus menjahanamkan kedudukan kewangan, dan saya amat berbangga kerana dapat menghentikannya walau saya hanya berjaya ketika di hujung-hujung nyawa, eh silap hujung-hujung tahun.. Dan itupun kerana saya membawa seorang lagi umat Muhammad di dalam perut saya, yang membuatkan saya bertekad menghentikan tabiat itu.. Bagus anak mama, dalam perut lagi dah selamatkan mama..

 

Jika difikir-fikir semula sebenarnya banyak azam saya sudah tercapai, termasuklah mengahwinkan diri, membuntingkan diri, mendapatkan rumah baru untuk ayah dan ibu dan sebagainya..

 

Jadi pada tahun ini saya berasa ingin membuat azam-azam baru yang dapat dijadikan hala tuju bagi menempuh tahun yang baru ini ceewahh hehehe.. Maka azam-azam tersebut adalah seperti berikut:

 

1. Sentiasa mengemaskinikan blog ini, supaya nasibnya tidak akan menjadi seperti dua blog saya sebelum ini, yang dibiarkan tanpa sebarang kemasukan dan kemasukan yang ada juga lebih menyerupai jahanam..

 

2. Cuba menggunakan satu bahasa sahaja bagi setiap kemasukan, seperti yang saya cuba lakukan pada kemasukan ini, walaupun terdapat beberapa istilah yang memeningkan kepala dan boleh menimbulkan keraguan, namun ternyata ia bukan salah saya apabila orang dbp ingin makan gaji buta..

 

3. Cuba menguruskan badan sekurus-kurusnya setelah saya melahirkan nanti, dengan berpantang sekeras-kerasnya, dan diet sesungguh-sungguhnya, dengan harapan badan saya akan kembali comel seperti dulu kala.. Walaupun berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin orang ramai akan ragu-ragu dengan azam ini, namun ini adalah azam saya jadi pedulik hape aku..

 

Setakat ini hanya inilah azam yang dapat saya fikirkan, tidak termasuk Encik Azam yang merupakan bapa saudara suami saya, juga Zam Zam Alakazam yang memang tiada kena mengena dalam kehidupan saya.. Saya amat berharap supaya kesemua azam ini dapat dicapai terutama yang nombor tiga, kerana ia merupakan cita-cita saya sejak menceburkan diri dalam bidang penternakan lemak ini.. 

 

Semoga saya berjaya!! Amin..

 

 

p/s: zam zam alakazam juga rupanya boleh juga menjadi nama orang.. sungguh sukar dipercayai.. tak percaya? cuba try google, takpun cari di muka buku..

 

2 Responses to “Azam 2009”

  1. nisajay11 Says:

    apa??? kurus??? ALL THE BEST! HAHAHAHAHA!

    (sokongan ikhlas dari saya… )

  2. [...] setengah tahun, azam tahun baru saya sudah berjaya digagalkan, kerana saya telahpun mengabaikan blog saya sekali lagi.. Sebenarnya [...]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.