Okay mungkin dah agak lambat untuk entry ini tapi peduli apa kan..
Hari ini publik holiday, terima kasih kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki selepas penantian selama 14 tahun.. Jadi aku rasa aku patut mendedikasikan mereka satu blog entry.. Walaupun tak mungkinlah antara mereka yang membaca blogku yang tak seberapa ini, tetapi hanya inilah yang terdaya ku lakukan sebagai penghargaan kepada penat lelah dan dedikasi mereka di atas padang bola cewaaahhh hehehe
Aku bukanlah peminat bola yang tegar.. Dalam konteks bola sepaklah.. Bola lain aku suka.. Haa mulalah otak kuning tu.. Maksud aku bola jaringlah, atau bola tampar.. Bola yang paling aku suka adalah bola-bola ikan atau lebih dikenali sebagai fishball dan yang paling tak suka adalah bola-bola api..
Okey berbalik ke cerita asal, aku jarang mengikuti perkembangan bola tanahair.. Selalunya aku cuma tengok bola time World Cup.. Itupun dulu.. Sekarang nak tengok World Cup pon dah tak boleh.. Yelah kat umah takde Sports channel.. Mahal kot.. Dahtu takkan nak usung anak kecik gi kedai mamak jam 2-3 pagi.. Tu caik naas namanya.. Lantas impian menonton perlawanan bola sepak terpaksa dikuburkan begitu sahaja..
Pemain-pemain tempatan pun tak ramai yang aku tahu.. Pemain Perak bolehlah sikit-sikit itupon dolu-dolu nyer pemain sebab masa muda-muda dulu adalah jugak ikut abang iparku ke stadium menyaksikan perlawanan.. Antara yang ku ingat adalah saravanan ke apa nama dia.. Tu pon sebab dia pernah tegur aku kat bus station.. Jangan tanya kenapa dia tegur sebab aku sendiri pon tak tau.. Mungkin aku terlalu hot masa tu hahaha perasan tul.. Lagi sorang yang aku ingat khalid jamlus.. Wajibla ingat dia ni kan sebab dia kan hot stuff.. Hahaha bimbo gak aku neh.. Oh ada lagi, aidil zaquan ke apa nama dia yang ada kembar seiras yang elok gak tuh.. Tupon sebab diorang kawen dan kawan ngan artis sebab tu kenal hehehe..
Pokoknya, ya jangan ditebang dulu pokoknya..
Pokoknya, aku kurang mengambil tahu arena bola sepak tempatan.. Sampai game di AFF Suzuki Cup pun langsung tak amik tahu.. Masa first leg final pun sanggup korbankan game demi nak tengok Grey’s Anatomy finale.. Yang Starworld pon time tu la nak tayang GA finale.. Dah la berdebar giler siap ada orang tak betul datang hospital tembak-tembak.. Abis semua kena tembak, termasuk McDreamy.. Manalah aku ada daya nak tukar channel tengok bola kan..
Pastu bila dengar Malaysia menang 3-0 mulalah nyesal tak tengok.. Pastu kawan-kawan lak racun cakap game best giler arghhh tensi tensi.. Nasib baik ada youtube so bolehlah tengok balik.. Tapi tak puas ati sebab tak tengok live, so masa second leg, kul 7 dah make sure dah sampai rumah dan terus sabar menanti game bermula..
Hasrat di hati memang taknak buat apa-apa sepanjang game.. Twitter Facebook semua tak layan.. Tapi biasalahkan, nak-nak dah ada anak ni.. Takkanla nak biarkan anak terkontang kanting sorang-sorang.. Jadi sebagai ibu mithali (kununnya) aku pon layanlah anakku bermain walau mata tertumpu pada tv..
Tak berapa lama kemudian anakku yang bijak pandai itu pula menyuruh aku membacakannya buku cerita.. Nak tak nak kenalah aku bacakan sebab selagi aku tak baca selagi tu lah dia akan histeria jerit-jerit garu-garu kepala semua.. Ye anak aku memang keras kepala sikit, nak ikut cakap dia je, walaupun dia belum pandai bercakap lagi.. Akupon dudukkan beliau di atas riba supaya aku masih boleh menonton tv, dan kemudian aku bacakan beliau buku tersebut.. Sedang aku membaca time tu la pulak si Safee ni nak score dan akupon terus terjerit tanpa disengajakan.. Anakku terkejut dan terus berpaling melihat wajahku dengan kehairanan.. Kesian beliau yang tak mengerti apa-apa.. Kemudian aku teruskan membaca lagi.. Kemudian si Indonesia pulak score.. Aku menjerit lagi.. Anak terkejut lagi.. Menyampah dengan aku yang asyik terjerit-jerit agaknya, beliau pun bangun dan menggeledah permainan-permainan beliau dan bermain sendiri.. Jadi akupon boleh menikmati permainan dengan aman..
Tak aman pun sebenarnya.. Berdebar-debar sepanjang masa.. Tapi penantian memang berbaloi.. Walaupun kalah 1-2 kepada Indonesia, tapi Malaysia tetap diangkat sebagai juara Piala AFF Suzuki dengan agregat 4-2.. Tahniah.. Walaupon diasak gigih oleh tentera Indonesia, Malaysia tetap bertahan..
Big fat claps has to be given to the coach Rajagobal and the goalkeeper, Khairul Fahmi who immediately has become the Jejaka Idaman Malaya with his superb moves in guarding the goalpost.. And Safee too for the beautiful score.. But it was definitely a team effort, so Harimau Malayas, here is my big fat claps and a standing oviation for you..
It is games like this that makes me wanna watch football again.. Hopefully this new football standard will remain or get better and better.. And hopefully these players will not be carried away with the money, the fame or the datukship (if any) and will continue to give their best for the country..
We love you Harimau Malayas!!! Malaysia Boleh!!!!!
Posted with WordPress for BlackBerry.

Recent Comments