Bahahaha cubaan untuk menaip satu entry penuh dengan menggunakan BB telah gagal dengan jayanya.. Camni cam takde maknanya aku mendownload WordPress for Blackberry kalau nak tunggu berdepan dengan komputer gak.. Kalau dah old skul kan..
Okey berbalik kepada cerita utama entry ini..
Akupun menoleh..
Aku terpaku..
Lidahku kelu..
Mataku kelabu..
Pandanganku kelam..
Ewahh lebih-lebih lak hehehe..
Okey sebenarnya aku terkedu bila melihat keempat-empat pintu kereta telah dikunci melalui alarm yang berada di tangan anakku itu.. Aku cemas.. Dan biasalah bila keadaan cemas otak kanan dan kiri jarang berfungsi.. Tapi aku gigih memaksa otak kanan dan kiriku hatta serebrum, selebelum dan medula oblongata untuk bekerja mencari jalan membuka pintu keretaku itu..
Sedang kepala ligat memikirkan apa yang perlu dibuat aku terdengar bunyi ‘taab’ itu sekali lagi.. Kunci pintu kereta terbuka semula.. Aku pantas meluru ke arah kereta untuk membuka pintu dan kemudian ‘taab’, pintu terkunci sekali lagi.. Cis apekah permainan yang cuba dimainkan oleh anakku ini? Taukah beliau jam sudah melewati tengah malam dan tidak sesuai untuk apa-apa permainan sekalipun.. Err maksud saya bagi budak kecik berusia 16 bulanlah hehehe..
Tak pasti apa yang perlu dibuat ditambah dengan emosi yang bercelaru akupon cuba membuka pintu kereta sekuat-kuatnya sehingga kereta itu bergoyang sedikit.. Anakku yang melihat kerenahku melalui tingkap kereta yang tertutup sempat ketawa.. Apa dia ingat aku buat lawak ke? Dahla aku sedang dalam cubaan menyelamatkan beliau, beliau boleh pulak mengetawakan aku.. Cisss..
Setelah beberapa kali berusaha tapi tidak berjaya aku mula panik.. Tiba-tiba teringat kes bayi melecur sebab tertinggal dalam kereta.. Tapi kemudian bila teringat eh ini kan malam mana ada matahari kemudian rasa selamat sikit.. Pastu terfikir balik alamak cukup tak udara kat dalam tu pasal tingkap semua tutup.. Kalau tak cukup udara macam mana dia nak bernafas.. Pastu panik balik.. Ke hulu ke hilir ke hulu ke hilir aku memikirkan cara hendak mengeluarkan beliau.. Dan beliau masih riang gembira bermain dengan alarm yang berada di tangan beliau..
Sedang aku berdoa agar beliau menekan bukan unlock kembali, tiba-tiba aku teringat kunci simpanan.. Aku pun terus mencari di atas rak kasut di mana kali terakhir aku terlihat kunci tersebut.. Selak-selak takde.. Selak-selak takde.. Aduss mana lak peginya.. Taknak membuang masa akupon menelefon hubby menanyakan kunci tersebut.. Ada antara celah rak kasut dengan dinding tu katanya.. Akupon kelam-kabut mencari di celah-celah rak kasut tersebut.. Sehingga hampir menjatuhkan akuarium yang berada di atas rak kasut itu.. Nasib baik.. Kot tak lain pulak yang jadi..
Dah cari-cari tak jumpa jugak.. Anak dalam kereta dah mula menangis.. Panas agaknya.. Mungkin juga takut kerana ditinggal seorang diri di kala malam sunyi.. Aku bertambah panik.. Dalam telefon dah marah-marah hubby sebab kunci tak jumpa lagi.. Tiba-tiba beliau teringat ada satu kunci spare lagi di tempat simpanan kunci.. Dan tanpa melengahkan masa akupon meletakkan telefon dan menuju ke tempat simpanan tersebut dan alhamdulillah ada kunci spare di situ..
Sepantas He-Man akupon keluar ke kereta membuka kunci pintu dan alhamdulillah pintu pon terbuka.. Akupon terus mengangkat anak kecilku yang sedang meraung gila babs dan memeluk beliau seeratnya dan mengucup beliau sepuasnya sambil meminta maaf sebab aku agak lembs dalam menyelamatkan keadaan..
Lewat malam itu, selepas menidurkan beliau dengan jayanya, aku masih tak boleh tidur.. Memang itu malam yang amat menakutkan.. Macam-macam yang datang dalam kepala.. Boleh terbayang muka dia yang melecur akibat kepanasan, boleh bayangkan dia terseksa mencari nafas, dan yang paling tak tahan siap bayangkan diri ini digari dan dibawa ke mahkamah atas tuduhan penderaan atau pembunuhan.. Tapi alhamdulillah all ends well.. Syukur Ya Allah..
Jadi pengajarannya kawan-kawan, jangan banyak berimaginasi.. Tak baik untuk kesihatan hehehe

Recent Comments