Aku terima respon dari seorang pembaca (ewah rasa cam femes lak tetiba ada pembaca) yang mula-mula ingatkan entri Malam Yang Paling Menakutkan dan Malam Yang Paling Menakutkan Part II adalah entri cerpen yang bersambungan, padahal ia merupakan kisah benar yang berlaku kepadaku sendiri.. Lantas aku pun memperoleh idea untuk memaparkan hasil karya cerekaku di laman ini, kerana ia juga merupakan salah satu minatku pada suatu masa dahulu.. Tetapi oleh kerana skill sudah berkarat dan idea pun susah nak lekat, aku mulakan segmen karya aku dengan sebuah karangan yang paling basic di dunia yang kalau zaman aku budak darjah 4 dah boleh buat tapi kalau ikut tahap kepandaian budak sekarang mungkin budak tadika pun dah boleh buat..
“Aku Sebatang Pen”
Aku sebatang pen.. Namaku aku kurang pasti, tetapi daripada apa yang tertera di badanku ini ia tertulis Papermate Kilometrico.. Mungkin itu namaku.. Mungkin juga bukan.. Ahh ia bukanlah masalah kerana tak pernah ada siapapun yang memanggil diri ini.. Dari mula dilahirkan aku tidak pernah disapa, hanya diusung ke sana ke mari walau tanpa keredhaan diri.. Tak mengapalah.. Sudah nasibku begini..
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Banting, Selangor.. Pada masa ini mesti anda semua sedang buat muka tak percaya dan musykil macamana aku tahu kilang itu terletak di Banting kan.. Betul aku tak tipu.. Aku tahu sebab pada hari aku dikeluarkan dari kilang itu aku terlihat kereta polis dan orang ramai berpusu-pusu ke tempat itu.. Aku pun hairan lantas mencuri dengar perbualan pemandu lori dan kelindan yang berusia 18 tahun.. Dari apa yang ku dengar tempat itu menjadi tumpuan kerana berlaku kes pembunuhan kejam yang melibatkan individu berprofil tinggi.. Apa maksud berprofil tinggi, haa ini yang kita tak tau.. Esoknya, aku yang ditempatkan di sebuah kedai alatulis sempat membaca akhbar-akhbar yang dipamerkan di hadapan aku, di mana semua muka depannya memuatkan berita pembunuhan tersebut.. Dan tertera di situ pembunuhan itu dilakukan di Banting.. Aku yakin kes pembunuhan yang dibualkan oleh pemandu dan kelindan berusia 18 tahun itu dan kes pembunuhan yang dipaparkan oleh akhbar itu adalah kes yang sama kerana kedua-duanya menggunakan perkataan berprofil tinggi.. Jadi dari situlah aku tahu kilang itu terletak di Banting..
Setelah beberapa hari di kedai alatulis itu, aku mula terasa bosan.. Hendak berbual dengan pen-pen lain, tiada sepen pun yang berminat.. Aku ingin menyanyi tetapi pitching suara yang ke laut membuat aku begitu malu.. Lantas aku pun cuba melelapkan mata, walaupun aku sendiri tidak tahu di mana terletaknya mata aku..
Tidak berapa lama kemudian, datang seorang budak yang comel berusia 7 tahun memakai blaus putih dan skirt bewarna merah bintik-bintik berlari ke arahku.. Aku terkejut dan tidak sempat untuk melarikan diri walaupun aku tahu aku tidak boleh berlari kerana tidak mempunyai kaki.. Kanak-kanak tersebut terus mencapai aku dan menunjukkan kepada bapanya yang agak hemsem.. Bapanya hanya tersenyum dan membawa aku ke kaunter dan terus membayar.. Serentak itu aku bertukar tangan dan bakal menghuni di rumah yang baru..
Tibanya di rumah baru aku sangat letih kerana digenggam sepanjang masa.. Ingin aku meminta segelas air tetapi aku tidak tahu mahu menuangkan di mana kerana aku sendiri tidak pastu mulutku terletak di mana.. Lantas aku hanya berehat dalam genggaman budak kecil tersebut, yang kini ku tahu namanya iaitu Lina.. Ya memang aku suka mencuri dengar perbualan.. Maafkan aku..
Lina membawa aku ke biliknya sambil menyanyi keriangan.. Aku tak pasti lagu apa tapi yang dapat aku tangkap adalah “Bergabung.. Meletops.. Ahh”.. Agak sedap juga suara beliau jika dibandingkan dengan diriku ini.. Kemudian Lina menghumbankan aku ke atas katil dan beliau terus pergi ke meja tulisnya dan mengambil sebuah buku.. Beliau terus berbaring di atas katil dan mencapai diriku semula.. Topiku dibuang dan beliau terus mencucuk-cucuk kepalaku ke lantai kertas.. Entah apa yang ditulis aku pun taktau, sebab obviously aku tengah terbalik manalah aku nak nampak.. Entah apa silapnya beliau menggoncang-goncangkan badanku.. Aku pun tak faham.. Apahal nak gaduh ke budak ni.. Kemudian bila berpeluang akupon melihat ke lantai kertas itu.. Barulah aku perasan tiada sebarang contengan pun di dada kertas itu.. Barulah aku faham rupanya dakwatku tidak mahu keluar..
Lina cuba lagi menulis dengan menggunakan aku.. Masih lagi dakwatku tidak mahu keluar, Lina menggoncangkan badanku lagi.. Rasa macam nak muntah pun ada tapi ku tahan jua.. Lina cuba lagi menulis malangnya masih sama.. Aku pun pening, bukan saja kerana digoncang, tapi pening memikirkan mengapa dakwatku tidak mahu keluar.. Telahku cuba meneran dakwatku itu agar ia keluar tetapi masih ia tidak mahu meninggalkan diriku ini..
Bengang dengan situasi itu, Lina terus mencampakkan aku ke dinding.. Buk bunyi kepalaku hinggap di dinding batu bercat Jotun kaler pink itu.. Kepalaku terasa berdenyut-denyut.. Tiba-tiba aku terasa sesuatu mengalir dari kepalaku.. Rupanya kepalaku tercedera parah akibat kejadian itu.. Lina hanya memberi aku pandangan padan-muka-kau-sapa-suruh-kasik-aku-naik-hangin meskipun aku sedang nazak..
Aku sungguh sedih.. Mengapakah aku dianiya sedemikian rupa.. Aku hanya pen biasa yang ingin merasai kenikmatan di dunia.. Tidak ku sangka manusia sekejam ini.. Tidak ku sangka hayatku sesingkat ini.. Tak sempat lagi aku nak makan Mekdi, Pitza atau Keepci..
Dadaku terasa sesak.. Pandanganku semakin kabur.. Nafasku kian berat.. Dan akhirnya aku pun mati.. Ekk (Bunyi orang mati)
Demikian saja kisah saya untuk hari ini.. Sekian..

Recent Comments