Chemorian Chapter

Just humble little words from a humble little lady about her humble little world…

Selamat Menyambut Bulan Mac February 28, 2011

Filed under: dedications — lavenderina @ 5:45 pm
Tags:

Hari ini 28 haribulan, hari terakhir di bulan Februari, sebelum melangkah ke bulan seterusnya iaitu bulan Mac.. Bulan Mac ni agak istimewa la pasal ulangtahun perkahwinan aku adalah dalam bulan Mac.. Jadi agak eksaited sikit hehehe..

 

Bagi rakyat jelata pulak, selain cuti sekolah 12-20 Mac nanti, ada jugak cuti umum pada 4 Mac iaitu hari ulang tahun pertabalan Sultan Terengganu dan 30 & 31 Mac iaitu hari keputeraan Sultan Kelantan.. Itu untuk rakyat negeri berkenaan sahaja ya, janganlah orang Perak ke Johor ke gatal nak mencutikan diri jugak..

 

Okey itu saja.. Akhir kata, jumpa lagi bulan depan.. Heeee

 

 

Jiran Saya February 24, 2011

Filed under: karya — lavenderina @ 4:12 pm
Tags: , ,

Okey, selepas Saya Sebatang Pen, sekarang saya meningkat setahap lagi dalam cubaan untuk menjadi penulis berkaliber.. Jadi, terimalah sebuah karangan bertajuk Jiran Saya..

 

*Bunyi tepukan*

 

Nama saya Siti Nurhaliza binti Anuar Zain.. Saya tinggal di sebuah perkampungan setinggan di Chemor, Perak.. Saya ada seorang jiran, namanya Mak Nyah.. Bukan, beliau bukanlah seorang bapuk.. Pada hemat saya beliau adalah wanita tulen, kerana beliau mempunyai seorang suami dan lima anak.. Nama sebenar beliau saya tidak begitu pasti kerana saya biasa memanggil beliau dengan gelaran itu sahaja.. Emak saya pula hanya memanggil beliau dengan gelaran Nyah.. Kadang-kadang bila emak saya memanggil beliau Nyah saya secara tidak sengaja terbuat lawak dengan mengatakan “nyah kau dari sini”.. Tetapi saya tidak berani menyuarakannya secara kuat-kuat, saya hanya bercakap dalam hati sahaja supaya saya tidak dilempang oleh beliau mahupun emak saya..

 

Sama seperti keluarga saya, keluarga beliau juga tidak begitu berada.. Maklumlah kami tinggal di kawasan setinggan.. Beliau bekerja sebagai pekerja kantin di kilang dan suaminya pula, err, maaflah saya tidak pasti pekerjaan suami beliau kerana saya rasa beliau sentiasa ada di rumah.. Rumah beliau ada dua bilik sahaja, dan yang paling saya tidak suka adalah bilik mandinya yang berlubang-lubang.. Kadang-kala apabila saya bertandang ke sana dan teringin untuk membuang air, saya rasa amat tidak selamat kerana seperti ada mata-mata yang memerhatikan.. Yelah walaupun saya bukan artis saya masih risau sekiranya ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar bogel saya.. Kerana saya tahu sekiranya saya ingin menjadi artis atau ahli politik satu hari nanti pasti ia akan menjadi masalah kepada saya kerana orang akan mempersoalkan perkara tersebut..

 

Saya bersimpati dengan keluarga beliau.. Kerana saya rasa keluarga beliau tidak mempunyai wang yang cukup.. Terutama untuk membeli baju.. Sebab itulah saya rasa mengapa beliau sering sahaja dilihat berkemban di mana-mana sahaja.. Bukan sahaja di sekitar kawasan rumah beliau malah sehingga ke rumah-rumah jiran sekalipun.. Sekali-sekala saya lihat beliau seperti watak Zaleha dalam Perempuan, Isteri dan Dot Dot Dot pun ada.. Tapi Zaleha tu cantik.. Okey bayangkan Zaleha yang berkemban tapi kulitnya gelap, rambut menggerbang, badan agak gempal,  pendek, haa itulah Mak Nyah.. Eh saya tidak bermaksud untuk mengata beliau ya.. Saya cuma cuba memberi gambaran.. Harap-harap Mak Nyah tidak marah sekiranya beliau membaca karangan ini..

 

Mak Nyah bagi saya gemar bercerita.. Apabila ada masa lapang beliau pasti berkunjung ke rumah jiran-jiran untuk bercerita.. Hatta ketika emak saya sedang membasuh kain pun beliau sanggup bertandang di pintu bilik air dan bercerita dengan emak saya.. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang luas terutama tentang kawasan perumahan setinggan kami.. Beliau sering tahu sesiapa yang membeli barang kemas baru, suami siapa yang sudah berkahwin lain, perabot siapa yang ditarik sebab tak bayar ansuran, siapa yang diberhentikan kerja, anak siapa kena tangkap sebab hisap dadah dan macam-macam lagilah.. Saya juga suka mendengar cerita beliau, sebab walaupun suaranya yang lantang agak menyakitkan telinga, saya suka melihat mimik muka beliau yang bersungguh-sungguh mengiyakan apa yang diceritakannya sehingga mulutnya terjuih-juih.. Kadangkala saya ketawa sendirian melihatkan telatah beliau.. Selalunya saya akan menyediakan Majalah Ujang apabila hendak menonton beliau berbicara dengan ibu saya, supaya apabila saya hendak ketawa saya akan buat-buat ketawa kerana membaca majalah.. Maklumlah kan tidak baik untuk anak kecil menyampuk atau mencuri dengar perbualan orang tua..

 

Pada Hari Raya saya suka ke rumah beliau.. Ini kerana beliau pasti akan menghidangkan ketupat.. Emak saya tidak pernah membuat ketupat.. Emak saya setiap tahun akan memasak lemang.. Jadi untuk memakan ketupat saya akan pergi ke rumah beliau.. Tapi beliau amat kedekut untuk memberikan duit raya.. Beliau akan memberikan alasan tidak mempunyai duit tukar dan apabila saya menyediakan duit tukar, beliau berkata duit masih belum dikeluarkan dari bank.. Kadang-kadang saya terpaksa tunggu hingga tengahari untuk menunggu beliau mengeluarkan duit dari bank.. Tapi sebenarnya bank itu terletak dalam bilik beliau.. Kerana sebelum memberikan saya duit raya itu beliau hanya masuk ke dalam bilik dan apabila beliau keluar beliau akan memberikan duit raya itu.. Mungkin beliau adalah kaya secara senyap-senyap sehingga mempunyai bank di dalam bilik..

 

Daripada kelima-lima anak beliau, seorang daripadanya sebaya dengan saya.. Walaupun berkawan baik tapi kami sebenarnya adalah musuh dalam diam.. Ini kerana kami adalah musuh ketat dalam permainan guli kerana tahap ketereran kami adalah lebih kurang sama.. Ada ketika dia menang dan ada ketika saya menang.. Apabila sudah menang banyak, saya menanam guli tersebut di belakang rumah, untuk memastikan tiada orang yang mencurinya.. Tapi apabila saya mengorek tempat itu semula saya dapati guli saya telah tiada.. Saya amat kecewa tapi saya tahu anak jiran saya itulah yang mencuri guli tersebut.. Sebab sebaik saja saya kehilangan guli itu saya dapati dia tiba-tiba mempunyai guli yang banyak, walaupun lepas kalah teruk dengan saya.. Jadi kamipon terus putus kawan.. Untuk 24 jam.. Esoknya kami main seperti biasa semula..

 

Walaupun banyak kekurangan, saya sayang jiran saya.. Terima kasih Mak Nyah dan keluarga untuk semuanya..

 

Sekian, terima kasih..

 

 

Misi Oh Misi February 23, 2011

Filed under: piece of mind — lavenderina @ 3:54 pm
Tags: , ,

Okey pertama sekali mintak mahap banyak-banyak sebab lama tak update blog.. Bukannya sengaja tapi ada perkara yang tak dapat dielakkan.. Bukan.. Bukan malas.. Sila teka lagi.. Bukan.. Bukan sebab sibuk dengan kerja juga.. Okeylah jimatkan masa saya tutup segmen meneka dan bagi jawapan terus.. Jawapannya adalah kerana anak saya telah ditimpa sedikit masalah kesihatan.. Bermula dari demam yang amat panas sehinggalah terpaksa diwadkan kerana disyaki demam denggi..

 

Tak percaya? Ini buktinya..

 

 

Kesian kan.. Dahla baru berusia setahun lima bulan.. Dahla dah pernah kena denggi sebelum ni.. Dahla dia takut kat doktor ngan misi.. Well budak kecik mana yang suka kat doktor kan.. Dahla dapat katil tepi tingkap jauh dari kipas hence panas.. Dahla alah kalau nak diikutkan memang banyak “dahla” tapi disebabkan beliau telah sihat semua tu aku tak peduli lagi.. Yang penting bila bangun pagi aku dah dapat tengok senyum lebar dia, bila makan aku dapat tengok dia sangat berselera dan bila time main, well kalau boleh semua time dia nak main, yang menunjukkan dia dah aktif dan sihat semula.. Alhamdulillah.. Syukur..

 

Tapi ada satu perkara yang aku tak boleh lupa.. Pasal misi di hospital kerajaan.. Ni memang kali pertama anak aku diwadkan, tapi aku juga pernah diwadkan sebelum ni.. Beberapa kali juga.. Di hospital kerajaan juga.. Yelah dah kerja gomen terpaksalah jadi pelanggan tetap hospital kerajaan.. Dan satu benda yang aku dapat lihat di hospital-hospital kerajaan ni, misi dia macam sepesen.. Hospital swasta aku tak pastilah sebab aku tak pernah pulak kena masuk wad kat hospital swasta.. Eh korang tau ke misi ni apa? Misi ni nurse la.. Jururawat.. Tapi aku tak biasa panggil jururawat.. Yelah aku kan orang kampung.. Biasa kitorang panggil misi je..

 

Okey berbalik kepada misi ni.. Diorang ni kebanyakannya tak ramah langsung.. Nak senyum punya payah.. Diorang tau tak urat yang terpaksa digerakkan untuk senyum lebih sedikit daripada urat yang digunakan untuk buat muka serius.. Dalam kata lain, nak senyum ni sebenarnya lebih senang.. Dahla orang yang masuk wad tu semua sakit-sakit, yelah kalau tak sakit bakpe masuk wad kan.. Lagilah sakit tengok muka misi yang masam-masam tu.. Cubalah friendly sikit ke, ramah sikit ke, ni mintak tolong sikit pun dah muka macam nak makan orang.. Macam masa aku mintak tolong betulkan tiub yang dicucuk kat tangan anak aku (maklumla anak aku kan ganas), berejam-rejam dan selepas aku mintak kat misi lain barulah benda tu dibetulkan.. Itupun dengan muka yang “alah benda ni pun ko nak suruh aku buat ke?” Dah bukan ke ko misi? Bukan ke itu memang kerja engkau?

 

Pastu diorang ni suka sembang-sembang antara diorang dan macam tak boleh faham masalah pesakit nak cepat ke apa.. Macam masa aku nak masukkan anak aku kat wad.. Masa tu dah pukul tiga pagi, akupun pass kan la surat masuk wad kat nurse kat wad yang anak aku patut masuk tu.. Pastu dia dah baca surat tu dia question dulu apasal anak aku kena masuk wad pasal denggi.. Question di sini bukan bermaksud tanya ye, tapi mempersoalkan.. Dalam erti kata lain dia mempersoalkan kenapa doktor suruh anak aku masuk wad.. Ye aku faham kalau dia nak cek ke apa tapi boleh tak bagi anak aku dalam keadaan comfortable dulu.. Boleh tak bagi katil dia boleh baring-baring dulu.. Ni dahla aku tengah berdiri dukung beliau yang tengah nangis-nangis, panas, ngantuk, tak selesa, yang diorang boleh sembang-sembang antara diorang question kenapa doktor cakap denggi.. Mempersoalkan sahaja ya, bukannya ada amik catatan apapun..

 

Bila aku dah explain kenapa suspek denggi, lepas tu masing-masing buat kerja masing-masing.. Aku pun ingat diorang tengah register nama anak akulah.. Dah berminit-minit tunggu dengan anak yang menangis-nangis, tiba-tiba datang seorang misi ni dia amik surat masuk wad anak aku tu pastu dia cakap ‘jom’.. Pastu dia bawak aku gi wad lain.. Rupanya anak aku sebenarnya kena masuk wad lain, bukannya wad tu pon.. Jadi semua yang berlaku kat wad tu sebenarnya tak relevan dan masa yang buangkan kat wad tu sia-sia je.. Hangin tak???

 

Pastu nasib baik nak masuk wad lagi satu tu tak tunggu lama sangat.. Dan misinya pun agak friendly and helpful.. Jadi takde rasa nak marah sangat.. Bukannya nak marah sangat pun.. Cuma harap diorang faham.. Dahla budak tu sakit.. Budak pulak tu.. Kalau orang dewasa mungkinla boleh tahan, atau boleh faham situasi.. Ini budak.. B.U.D.A.K get it???

 

Yang peliknya, kan ada pelatih-pelatih misi kat situ, diorang ni sangatlah friendly walaupun tak berapa pandai nak helpful.. Senyum, cakap pun lembut je.. Apsal time pelatih je cenggitu? Apsal bila dah jadi misi kena jadi macam lain pulak? Beban kerja? Kalau tak suka beban kerja cenggitu janganlah kerja cenggitu.. Jangan lepaskan tekanan kat orang lain pulak.. Kat orang sakit pulak tu..

 

Tapi tak dinafikan memang ada misi-misi yang baik.. Memang ada cuma yang kurang baik ni lebih banyak mendominasi pasaran.. Kepada mereka yang baik ini, teruskanlah tugas anda dengan cemerlang.. Sesungguhnya kami amat berterima kasih kepada anda dan hanya Tuhan yang dapat membalas jasa anda.. Dan aku berharap ada lebih ramai lagi misi seperti anda..

 

 

 

 

Mari mengurangkan berat badan February 8, 2011

Filed under: selingan,tips — lavenderina @ 6:59 pm
Tags: , ,

Entri pertama untuk Februari, yakni selepas cuti panjang..

 

Okay semua dah puas cuti raya kan.. Ya walaupun bukan orang Cina kita semua sambut Tahun Baru Cina kan.. Kita kan 1Malaysia hehehe.. Jadi mesti semua dah puas makan-makan kan.. Hari-hari biasa pun makan macam nak rak ni kan pulak hari-hari perayaan.. Nak-nak bila balik kampung mak masak kakak masak diri sendiri makan je kan.. Eh saya cuma mengata diri sendiri mengapa anda terasa pula hehehe..

 

Okay memang macam biasa lepas musim percutian manusia akan menghadapi masalah peningkatan berat badan secara mendadak.. Tapi kalau nak turunkan taknak la dia turun secara mendadak kan.. Makan tahun pon ada.. Jadi saya dengan murah hatinya ingin berkongsi rahsia kelihatan kurus dengan anda semua.. Yelah takkan saya nak kurus seorang-seorang kan.. Baik tak saya? Hehehe..

 

Okay, selamat mencuba :)

 

 

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.