Chemorian Chapter

Just humble little words from a humble little lady about her humble little world…

Hari Yang Mendung March 28, 2011

Filed under: dedications,ramblings — lavenderina @ 2:03 pm
Tags: , ,

Hari yang mendung.. Bukan dari segi cuaca walaupun cuaca memang agak mendung tapi yang lebih mendung adalah dalam hati aku malah beberapa kali hujan telah turun membasahi pipi ini cewah macam bersastera pulak tapi sebenarnya memang itulah hakikatnya..

 

Hari ni hari pertama masuk kerja setelah bercuti seminggu untuk kerja-kerja mengemas rumah setelah berpindah.. Penat memang penat tapi bukan itu sebabnya.. Sebab yang pertama adalah apabila aku mendapat berita pemergian seorang rakan yang sangat baik malam tadi.. Beliau adalah seorang wartawan senior dari akhbar The Star.. Dalam akhbar The Star hari ini pun ada berita pasal kematian dia.. Ada latar belakang dia, kat mana dia belajar, berapa tahun dia dah kerja.. Aku taktau pun semua tu.. Yang aku tau cuma dia adalah seorang kawan yang baik.. Walaupun jauh lebih senior dari aku tapi dia tak pernah berlagak.. Dan tak pernah kedekut ilmu.. Ramah, kelakar walaupun kadang-kadang lawak dia agak kasar tapi aku pon melawak kasar jugak kadang-kadang..

 

Sekarang aku cuma boleh harap dia tak terasa dengan mana-mana lawak aku atau mana-mana perangai aku yang kadang-kadang boleh buat orang menyampah ni.. Sebab kalau ada aku tak sempat pun nak mintak maaf.. Dan yang paling aku terkilan adalah aku tak sempat nak bagitau dia betapa aku kagum dan berterima kasih dengan dia sebab aku boleh tanya apa saja dengan dia.. Dia macam ensiklopedia bergerak yang boleh jawab apa sahaja soalan orang.. Tanyalah apa saja dia pasti ada jawapannya.. Yelah mungkin dah  berapa puluh tahun dia jadi reporter jadi tentu dia tahu lebih banyak benda.. Tapi yang penting dia tak kedekut nak share.. Dan tak berlagak..

 

Thank you so much and gonna miss you sorely my dear.. But am sure you will be happier over there..

 

Sebab yang kedua pulak adalah hari ini adalah hari kedua aku kena hantar anak ke taska.. Yelah sebelum ni mak mentua aku jaga jadi bila dah pindah ni kenalah hantar taska.. Hari tu masa cuti dah try sekali hantar ke taska yang satu ni.. Tapi aku tunggu kat luar sampai 45 minit dia tak berhenti nangis lagi.. Sampai pengasuh tu pun tak tahan dia panggil aku.. Aku duduk-duduk la kejap mana tau kejap lagi dia nak pulak duduk kat taska tu lepas tu.. Sampai sudah dia taknak.. Dah sampai dua jam aku pon dah lemau jadi akupon bawakla dia balik.. So misi hari pertama gagal la..

 

Lusanya aku cuba lagi hantar taska, tapi taska lain pulak.. Sebab ada sorang kawan kata taska ni bagus sikit kot.. Masa hantar memang nangislah.. Tapi pastu bila telefon pengasuh tu cakap dia nangis sekejap je pastu dah elok dia main ngan kawan-kawan.. Oklah legalah sikit.. Tapi masa aku ambil dia tengahari tu dia tengah nangis.. Pengasuh dia cakap dia terjaga dari tidur, pastu bagi susu pun taknak.. Tu yang melalak tu.. Pastu pengasuh dia cakap dia minum susu pun sikit je.. Makan langsung taknak.. Nasib baik hari tu hari Sabtu.. Setengah hari je aku dah amik so bolehla aku kasi makan kan.. Kalau tak?

 

Ni hari ni kena hantar lagi.. Memang melalak ah.. Lagi-lagi bila sampai kawan-kawan semua dah nak tidur.. Dah tinggal dia sorang-sorang.. Sampai tengahari tadi pengasuh dia call dia masih menangis lagi.. Kesiannya Tuhan aje yang tahu.. Dia dahla takut dengan stranger.. Ni nak kena dok dengan stranger seharian.. Entah makan entah minum susu entah tidur ke tak tu..

 

Ikut hati memang nak lari balik ambik dia bawak balik rumah peluk cium dia semua.. Tapi nanti sampai bila dia nak biasakan diri kat taska.. Aku cuma fikir ini untuk kebaikan dia jugak.. Bila kat taska dia boleh bersosial, belajar berkawan, belajar berdikari.. Lepas tu taska tu pon boleh belajar sikit-sikit.. Takdelah dok rumah tengok tv je..

 

Haih.. Dilema sungguh.. Harap-harap dia boleh survive kat sana.. Sayang mama kuat kan..

 

Sigh..

 

 

 

Mari Menderma Untuk Mangsa Gempa Bumi Dan Tsunami Di Jepun March 19, 2011

Filed under: disaster — lavenderina @ 2:53 pm
Tags: , ,

Gempa bumi dan tsunami di Jepun sehingga kini telah menyebabkan kematian lebih 6,000 orang, manakala lebih 10,000 masih hilang dan beratus-ratus ribu lagi hilang tempat tinggal..

 

Lebih buruk lagi, mereka yang hidup ini dan kehilangan tempat tinggal ini pula menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan, bekalan air bersih dan jugak peralatan untuk memanaskan badan dalam cuaca yang sejuk dan bersalji..

 

Kita selalu melahirkan rasa simpati dan sering berdoa untuk kesejahteraan mereka.. Tapi selain itu kita juga boleh memainkan peranan untuk membantu mereka dengan menderma..

 

Kat mana nak derma? Okey kat sini saya senaraikan saluran yang anda boleh menderma untuk bantu rakyat Jepun..

 

1. Tabung Bencana Pandu Puteri-Maybank

Akaun Maybank 564016-727672

 

2. MRCS International Relief Fund

Akaun Maybank 5144 – 2210 – 2657

Atau hantarkan cek kepada:

Malaysian Red Crescent Society

National Headquarters

32, Jalan Nipah off Jalan Ampang

55000 Kuala Lumpur

(Cek perlu ditujukan kepada “MRCS International Relief Fund” dan tulis  “Japan Earthquake and Tsunami” di belakang cek)

 

3. Tabung Bencana NSTP-Media Prima

Bahagian Kewangan NSTP,

31, Jalan Riong,

59100 Kuala Lumpur

Atau hantar cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dengan menulis “Tabung Bencana NSTP-Media Prima” di belakang cek

 

Okey ni je yang saya ada setakat ni.. Nanti kalau ada lagi saya update ya..

 

Selamat menderma!

 

Gambar Sebelum Dan Selepas Kejadian Tsunami Di Jepun March 13, 2011

Filed under: disaster — lavenderina @ 6:03 pm
Tags: , ,

I know there’s thousands of link for you to see the damage that was caused by earthquake measuring 9.0 on Richter scale (which among the largest earthquake recorded in the world) and the 10 metre tsunami that has hit Japan.. But I think this link will give you clear indication of how badly the impact was..

 

Click here

PS: Move the cursor on the pic to see the difference

 

Am still speechless after seeing all these photos, videos and twitter updates of whats happening there.. Reminded me of how small we really are actually..

 

Prayers to all of them.. Amin..

 

 

Karangan Inspirasi March 6, 2011

Filed under: selingan — lavenderina @ 3:05 pm
Tags:

Aku dapat banyak soalan yang tanya macamana aku dapat idea menulis karangan merapu macam yang aku tulis sebelum ni..

 

Okey aku tipu.. Takde orang tanya pun.. Saje je feeling-feeling artis muahahaha.. Tapi walau takde orang tanya pun aku tetap nak cerita hehehe.. Semuanya sebab aku dibesarkan di samping sebuah majalah lawak yang tiada tandingan di dunia (pada ketika itu) iaitu Ujang.. Ya abangku adalah seorang pembeli Ujang yang tegar, menjadikan aku juga sebagai pembaca Ujang yang tegar.. Masa tu Ujang ni sangatlah lawaknya, memang boleh terkekek-kekek gelak.. Tambah-tambah lagi pasal watak Din Beramboi dalam majalah tu.. Pendek kata kalau baca kat stesyen bas memang boleh jadi suspek orang gila ah pasal gelak sorang-sorang..

 

Tapi bak kata pepatah setiap benda ada turun naiknya.. Samalah jugak macam majalah ni.. Semuanya sebab krisis yang akupun ingat-ingat lupa.. Maklumlah dah baper belas tahun dulu kan.. Yang aku ingat time tu Ujang keluar wat majalah baru tajuknya apantah tak ingat.. Tapi majalah Ujang ni ada lagi tapi dah kurang kelakar la jugak.. So ketagihan terhadap Ujang berkurangan, apatah lagi dengan kebanjiran komik-komik dari Jepun termasuklah Doraemon, Shin Chan, Mutiara Naga dan Penyiasat Remaja..

 

Tapi macamana pon ada satu karangan dalam majalah ni yang amat terkesan dalam hati aku sampai sekarang.. Dan efek dia sampai sekarang boleh buat aku terkekek-kekek sensorang.. Tidak ingin kedekut, aku kongsikan untuk korang kat sini..

 

Selamat mengekek :p

 

Karangan Melampau

 

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

 

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

 

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

 

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

 

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

 

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

 

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

 

Kelakar gila kan???

 

 

Kemengidaman Seumur Hidup March 3, 2011

Filed under: ramblings — lavenderina @ 4:38 pm
Tags: ,

Korang pernah tak ada satu benda yang korang nak sangat pada satu-satu masa, tapi korang tak dapat masa tu jadi menyebabkan korang hanging pada benda tu seumur hidup.. Alah macam yang Oprah Winfrey cakap masa kecik dia nak barbie doll tapi tak pernah dapat so bila dia dah kaya raya sekarang dia masih lagi kumpul barbie doll tu siap ada satu bilik khas lagi untuk barbie dollnya untuk memuaskan nafsunya hahaha camtu la lebih kurang.. Ada tak? Korang ada tak??

 

Ye aku tanya sebab aku rasa aku ada.. Ada beberapa sebenarnya.. Tapi yang aku nak kongsi kat sini cuma satu.. Yaitu.. Jeng.. Jeng.. Jeng..

 

Bukan sebarang KFC, tapi KPF Original Recipe bahagian peha.. Ye KFC Original bahagian peha adalah perkara yang saya tidak akan dapat tinggalkan seumur hidup dan ia merupakan pesanan yang akan saya pesan setiap kali saya singgah di mana-mana restoran KFC.. Hatta KFC mempunyai resepi baru sekalipun, hatta aku hendak mencuba hidangan lain sekalipun, sekurang-kurangnya mesti ada sebiji peha ayam original recipe dalam pinggan aku.. Atau hidanganku akan dirasakan tidak lengkap huhuhu..

 

Semuanya bermula pada zaman aku sekolah tinggi 13 tingkat kat Shah Alam dulu.. Yelah walaupun aku takdelah sesusah mana tapi perbelanjaan ada catuan jugak.. PTPTN pulak tak dapat-dapat lagi.. Yelah time matrikulasi mana dapat PTPTN kan.. Jadi perbelanjaan semuanya bergantung pada abang aku.. Dan aku pun tak berani nak mintak lebih-lebih.. Apa yang ada jelah.. So nak makan KFC tu agak jarang jugakla.. Tapi tak kesah sangat pon.. Sebab kawan-kawan pun ala-ala gak.. So okayla..

 

Sehinggalah kepada suatu hari apabila aku berombongan dengan kakakku pulang ke kampung tercinta di suatu malam yang hening.. Menaiki bas ye..  Sebelum menaikkan diri ke dalam bas kakakku singgah sebentar untuk ke KFC untuk membeli  bekalan untuk anaknya yang berusia emm berapa tahun ya tak ingatlah okay aku bantai jelah dua tahun.. Aku pon tak heran sangat masa tu walaupun aku belum makan lagi.. Yelah sudahlah kakakku yang membelanja tiket bas, takkanlah aku hendak meminta beliau membelanja KFC pulak kan.. Lagipun dalam kepala aku masuk bas je aku nak tidur sampailah ke Ipoh nanti.. Best best dapat tidur dalam aircond kataku dalam hati..

 

Sementelah kitorang menyelesakan diri ke dalam bas yang dipenuhi rakyat jelata lain yang tak mampu atau tidak mahu menggunakan kenderaan sendiri untuk perjalanan sejauh tiga jam itu, bas pun bergerak menuju ke destinasi.. Aku pon mulalah nak memejam mata untuk merehatkan minda dan anggota badan sehinggalah tiba-tiba aku terhidu bau yang amat menggoda lidah dan tekakku.. Lantas akupun membuka mata untuk melihat bau yang amat menggiurkan itu.. Ya itulah bau ayam goreng KFC original recipe bahagian peha yang sedang dijamah oleh anak saudaraku itu.. Indahnya pemandangan itu apabila daging peha yang lembut dan masih panas itu digigit oleh gigi comel anak saudaraku.. Aku hanya mampu menelan air liur.. Walau perut agak kelaparan aku tidak mempunyai daya untuk meminta sedikit makanan itu daripada kakakku itu.. Jadi akupun hanya berpeluk tubuh, kembali memejamkan mata, bersandar ke kerusi dan cuba untuk tidur.. Walaupun bau yang sangat harum di malam yang hening itu bagai sengaja mencucuk-cucuk hidungku dan mempermainkan keimananku..

 

Sejak hari itulah aku jadi macam terkenan kepada bahagian peha KFC resepi original.. Tambah-tambah lagi sekarang bila aku dah bekerja dan mampu nak makan KFC seberapa banyak yang aku suka.. Tapi berapa ratus peha ayam aku makanpun takkan dapat memuaskan hatiku sampai bila-bila sebab masa yang aku nak sangat aku tak dapat.. Aku rasalah.. Sebab sampai sekarang ni aku masih tak jemu-jemu melantak benda yang sama..

 

Kesian kan..

 

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.