Chemorian Chapter

Just humble little words from a humble little lady about her humble little world…

Selingan: Motif Signboard Macam Ni??? April 5, 2011

Filed under: selingan — lavenderina @ 2:26 pm
Tags:

Lu pikirlah sendiri.. Hehehe..

 

 

Cerita Lucah April 3, 2011

Filed under: piece of mind — lavenderina @ 3:34 pm
Tags: ,

Pertama sekali, maaf jika aku mengecewakan sebahgian antara kamu, kerana entri ini bukanlah karangan mengenai cerita-cerita lucah tapi lebih kepada pesanan khidmat masyarakat kepada mereka yang suka sangat membaca cerita-cerita lucah..

 

Mesti kau orang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba aku berbaik hati memberi pesanan khidmat masyarakat ini kan? Ok tak tanya pun takpa aku tetap nak bagitau.. Semuanya bermula pada satu hari bila mana aku sedang melihat statistik blog.. Ya seperti yang kita kaum blogger tahu, selain memaparkan berapa banyak manusia yang menyinggah ke blog kamu, statistik blog juga ada jugak analisis pasal carian di internet yang lead kepada blog kamu.. Jadi baca punya baca aku ternampak ada satu carian di internet yang berbunyi “emakku hanya berkemban ketika mandi”.. Aku terus “what the hell? what kind of sick people would search for this??” Cewahh sakap omputeh terus kan..

 

Tapi secara seriusnya, kenapa ada orang nak cari benda macam tu? Aku terkedu.. Konklusi ku hanya satu.. Orang mencari cerita lucah di internet membabitkan emak yang berkemban.. Walau dalam hati aku sempat tertawa kecil mengenangkan kekecewaan beliau apabila melihat entri yang dipaparkan.. Carian tersebut menjadikan entri aku yang terdahulu, iaitu “Jiran Saya” sebagai search result beliau.. Memang ada elemen seorang emak berkemban dalam cerita tersebut tetapi langsung tidak mempunyai ciri-ciri cerita lucah..Maka aku bersimpati sebentar kepada beliau..

 

Tapi dalam masa yang sama akupun tertanya-tanya wujudkah cerita-cerita sebegitu pada zaman ini.. Pada zaman dulu aku rasa takdelah sebab masa tu nak guna internet pon orang tak berapa nak pandai lagi kan.. Sekarang ni bila semua orang dah pandai guna internet tu yang macam-macam ada tu.. Lantas akupun memberanikan diri mencari cerita lucah di internet.. Bukan semasa waktu kerja ya jadi tak perlu susah-susah mau report ke bos aku ataupun ke MACC hehe..

 

Alangkah bertambah terkedunya aku yang dah sememangnya terkedu tadi dengan result carian aku tadi.. Bukan setakat terkedu dengan jumlah cerita-cerita lucah yang amat mudah didapati tapi juga dengan isi-isi cerita lucah tersebut.. Banyak yang melibatkan ahli keluarga.. Mak dengan anaklah, bapak dengan menantu lah, kakak ipar dengan adik ipar, sepupu sepapat semua ada.. I cant even bring myself to read it, I just manage to read the first few lines, thats how disgusting I think the stories are.. Dan aku terus berkata (dalam bahasa omputeh sekali lagi) OMG there are these kind of sick people in this world..

 

Aku boleh faham kalau orang nak baca cerita lucah (walaupun ia sebenarnya adalah berdosa dan merupakan amalan yang tidak sihat kerana anda akan terdorong untuk melakukan kegiatan tersebut dan kalau anda sudah berkahwin tak mengapalah tapi sebenarnya berdosa juga hubungan halal anda sekiranya ketika berhubungan tersebut anda berimaginasi sepertimana yang anda baca itu, but still, ya aku boleh faham).. Tapi cerita lucah yang membabitkan ahli keluarga sendiri, APA KEJADAHNYA??? Dah takde manusia lain ke kau nak berimaginasi?

 

Walaupun marah, aku juga bersimpati dengan orang-orang sebegini.. Tapi aku juga tak berapa pandai nak beri nasihat sebab aku pon bukanlah baik sangat kan.. Jadi apa yang aku boleh cakap kepada orang yang terus-terusan berimaginasi begini, dengan seikhlas hati, pergilah dapatkan nasihat pakar.. Seriously dude, you need help.. Before things get worse..

 

Na’uzubillah..

 

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.