Chemorian Chapter

Just humble little words from a humble little lady about her humble little world…

Back again.. December 13, 2010

Filed under: ramblings — lavenderina @ 1:33 pm
Tags:

Demmit I failed to fulfill one of my resolution again..

Yeah I know its so unappropriate of me for starting a write up with some curses but can’t help to be dissappointed that I did not keep my word to update this blog regularly..  Again.. But what the heck.. Its not like anybody cares about this blog right.. Syok sendiri aje hahaha..

So its been more than a year now.. My lovely son is already 15 months now.. He already on his own two feet, running here and there, with bubbly mouth that utters words that only him could understand.. How fast time flies.. Can’t believe that my tiny cute baby, as shown in the picture in the previous entry, is already a handsome young boy now.. And naughty too haha..

And we have a lot of things going on with our life that I don’t think I have the time to put it here.. I wish everything will go on smoothly and prayers from you guys, yeah you who are reading this, would be very much appreciated.. Thanks :)

Moving on.. We will be welcoming a new year in less than 20 days.. So do I have a new resolution for next year? No not new one.. I just wish I could achieve the previous resolutions.. Some of them had already been achieved but not that satisfactorily..  And I also I wish, and I will try my best, to be a good wife, m0ther, daughter, sister, aunty, and friends..

May this new year brings happiness to us all.. Amin

See you again.. Hopefully :)

 

Apa kabarmu di sana, lama sudah tak berjumpa… April 28, 2009

Filed under: ramblings — lavenderina @ 4:07 pm
Tags:

Belumpun setengah tahun, azam tahun baru saya sudah berjaya digagalkan, kerana saya telahpun mengabaikan blog saya sekali lagi.. Sebenarnya saya memang sudah tidak ada hati lagi untuk mengemaskini blog ini kerana keadaan yang tidak mengizinkan, namun oleh kerana saya ditegur oleh seorang rakan yang merupakan sifu untuk saya mendirikan blog ini, maka saya pun mengambil keputusan untuk menulis kembali..

 

Sebenarnya bukan sengaja saya tidak mahu mengemaskini blog ini, namun keadaan yang memaksa.. Dengan keadaan berbadan lebih daripada satu ini sekarang ini, segala pergerakan saya agak lembab, menjadikan 24 jam satu hari tidak mencukupi untuk saya menjalankan perkara-perkara yang selalu saya lakukan sebelum ini.. Jadi saya terpaksa mengorbankan blog ini (seketika) supaya saya mempunyai masa untuk membuat kerja-kerja lain, termasuklah tidur, makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur, makan dan tidur..

 

Tapi sekarang tidak lagi (nada ceria).. Atas nasihat tuan sifu saya, dan demi untuk tidak menggagalkan azam tahun baru saya, saya akan cuba mengemaskini blog ini walaupun terpaksa mengorbankan satu daripada 15 waktu makan saya.. Itulah pengorbanan paling besar yang terpaksa saya lakukan demi blog ini..

 

Malah saya juga menemui satu lagi azam baru, iaitu untuk tidak menulis sebarang entry yang panjang.. Cukuplah dengan hanya beberapa perenggan yang ringkas.. Bak kata pepatah orang tua (siapa nama orang tua tersebut belumlah diketahui), kecil-kecil cili padi (ye ke?)

 

Jadi, sebagai menyahut seruan azam saya yang baru maka saya hentikan entry saya setakat ini.. Sekian, terima kasih..

 

 

Azam 2009 January 7, 2009

Filed under: ramblings — lavenderina @ 3:29 pm
Tags:
Gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan entry ini..

bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali dengan nama Datuk Zam.. Gambar ini bagaimanapun hanyalah sekadar hiasan, tiada kena-mengena dengan entry ini..

Saya ada ramai kawan yang tidak mahu berazam pada tahun ini kerana kata mereka azam tahun lalu dan azam tahun sebelumnya dan sebelum sebelumnya juga belum termakbul lagi.. Saya amat kasihan kepada mereka yang tidak berjaya untuk merealisasikan azam masing-masing, tetapi saya melihat mereka sendiripun tidak kasihan kepada diri masing-masing justeru saya pun menarik semula rasa kasihan tersebut untuk diberikan kepada diri saya sendiri, kerana saya juga tidak berapa berjaya untuk merealisasikan azam saya tahun lalu..

 

Azam saya tahun lalu seperti biasa adalah untuk menguruskan badan, di mana saya hanya berjaya sedikit pada peringkat awalnya iaitu sebelum menjalankan perkahwinan. Namun selepas itu badan saya ini bagai dipam-pam, malah saya juga kurang berinisiatif untuk mengurangkan makan mahupun tidur. Maka hasilnya… tidak perlu diperkatakan lagi.

 

Tahun lalu saya juga berazam untuk menghentikan satu tabiat yang boleh membahayakan kesihatan sekaligus menjahanamkan kedudukan kewangan, dan saya amat berbangga kerana dapat menghentikannya walau saya hanya berjaya ketika di hujung-hujung nyawa, eh silap hujung-hujung tahun.. Dan itupun kerana saya membawa seorang lagi umat Muhammad di dalam perut saya, yang membuatkan saya bertekad menghentikan tabiat itu.. Bagus anak mama, dalam perut lagi dah selamatkan mama..

 

Jika difikir-fikir semula sebenarnya banyak azam saya sudah tercapai, termasuklah mengahwinkan diri, membuntingkan diri, mendapatkan rumah baru untuk ayah dan ibu dan sebagainya..

 

Jadi pada tahun ini saya berasa ingin membuat azam-azam baru yang dapat dijadikan hala tuju bagi menempuh tahun yang baru ini ceewahh hehehe.. Maka azam-azam tersebut adalah seperti berikut:

 

1. Sentiasa mengemaskinikan blog ini, supaya nasibnya tidak akan menjadi seperti dua blog saya sebelum ini, yang dibiarkan tanpa sebarang kemasukan dan kemasukan yang ada juga lebih menyerupai jahanam..

 

2. Cuba menggunakan satu bahasa sahaja bagi setiap kemasukan, seperti yang saya cuba lakukan pada kemasukan ini, walaupun terdapat beberapa istilah yang memeningkan kepala dan boleh menimbulkan keraguan, namun ternyata ia bukan salah saya apabila orang dbp ingin makan gaji buta..

 

3. Cuba menguruskan badan sekurus-kurusnya setelah saya melahirkan nanti, dengan berpantang sekeras-kerasnya, dan diet sesungguh-sungguhnya, dengan harapan badan saya akan kembali comel seperti dulu kala.. Walaupun berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin orang ramai akan ragu-ragu dengan azam ini, namun ini adalah azam saya jadi pedulik hape aku..

 

Setakat ini hanya inilah azam yang dapat saya fikirkan, tidak termasuk Encik Azam yang merupakan bapa saudara suami saya, juga Zam Zam Alakazam yang memang tiada kena mengena dalam kehidupan saya.. Saya amat berharap supaya kesemua azam ini dapat dicapai terutama yang nombor tiga, kerana ia merupakan cita-cita saya sejak menceburkan diri dalam bidang penternakan lemak ini.. 

 

Semoga saya berjaya!! Amin..

 

 

p/s: zam zam alakazam juga rupanya boleh juga menjadi nama orang.. sungguh sukar dipercayai.. tak percaya? cuba try google, takpun cari di muka buku..

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.