Okay hari ini saya nak berbicara tentang perkara yang serius sedikit
*berdehem dan betulkan spek*
Saya seorang wartawan.. Ya jikalau anda telah membaca beberapa entry sebelum ini anda pasti tahu saya adalah seorang wartawan.. Walaupun bukan seorang wartawan yang terkenal, dan tidak pernah memenangi Anugerah Kajai, saya masih digelar wartawan.. Dan sepertimana profesion lain di mana orang selalunya akan mempertahankan rakan seperprofesionannya, saya juga tidak dapat menahan diri untuk membela rakan wartawan yang dihina, lebih-lebih lagi atas kesalahan yang bukan dilakukannya..
Okay intro mungkin berbelit sedikit.. Macam ni sebenarnya.. Baru-baru ni kan ada laporan Kosmo dengan tajuk yang agak mendatangkan tanda soal yaitu “Ayu Raudhah cuba puaskan Zaquan”.. Pastu ada seorang blogger ni, yang menggelar dirinya Mahaguru58 terus membantai wartawan yang menulis artikel tersebut di sini tanpa sebarang belas kasihan..
Ikutkan hati aku memang teringin untuk meninggalkan komen blog beliau, tapi memandangkan ada komen sebelum ini yang didelete, dan ada komen rakan-rakanku yang belum diapprove, adalah lebih baik agar aku tidak membuang masa lantas menulis di ruanganku sendiri..
Tentang tajuk itu, aku faham kenapa orang marah, atau upset, atau mungkin ada sesetengah orang teruja sehingga tanpa banyak tanya terus membayar RM1 dan terus membawa naskhah itu pulang which is exactly its purpose.. Aku pon mudah melencong apabila ayat seperti itu digunakan sebagai headline.. Apatah lagi apabila bercakap tentang pasangan yang baru berkahwin.. Tapi tidak perlu melulu menyalahkan wartawan sehingga memalukan beliau dan memberi maklumat facebook, melibatkan keluarga dan sebagainya.. Lebih-lebih apabila anda seorang yang memperjuangkan Islam.. Adakah tindakan memalukan orang adalah tindakan yang bijak? Kita bukan orang politik, jadi tak perlu lakukan serangan peribadi.. Seeloknya kalau jujur memberi teguran, tidak perlu sehingga memalukan..
Dan yang pasti, kesalahan itu tidak wajar diletakkan ke atas bahu beliau.. Headline bukan ditentukan oleh wartawan.. Manakala keseluruhan isi tidak ada yang tidak kena.. Jadi untuk menyalahkan wartawan untuk perkara itu adalah tidak wajar.. Saya pernah melihat komen pembaca yang menerangkan hal sebenarnya tapi blogger berkenaan bertindak memadam pula komen pembaca tersebut.. Adakah beliau tidak mahu menerima kenyataan atau tidak mahu pembaca lain mengetahui perkara yang sebenarnya, itu saya tidak tahu..
Menulis untuk akhbar, atau untuk blog, atau apa sahaja yang mempunyai skop pembaca yang luas, harus disertakan dengan tanggungjawab atau ada pihak yang akan dianiaya.. Dalam kes ini, adalah tanggungjawab penulis untuk memastikan kesalahan diletakkan di atas bahu yang sepatutnya, bukannya mengambil jalan singkat dan menyalahkan wartawan yang hanya menjalankan tugas yang diamanahkan..
Maafkan saya sekiranya saya menegur anda yang lebih berusia dan berpengalaman dari saya.. Tetapi usia dan pengalaman tidak menjadikan seseorang itu maksum kan.. Kan sebagai saudara seagama kita seharusnya saling menegur kan..
Dan pepatah yang saudara cipta iaitu “Jika takut dibelasah blogger, maka laporlah secara berhemah, Insya Allah selamat!” juga ditujukan semula kepada saudara.. Semoga kita semua dapat melapor dengan lebih berhemah pada masa akan datang..
Sekian..

Recent Comments