Chemorian Chapter

Just humble little words from a humble little lady about her humble little world…

Antara spesis lelaki yang terancam January 30, 2011

Filed under: selingan — lavenderina @ 5:48 pm
Tags: , ,

I am not into American Idol so much.. Truth is, I am not into anything which has passed three seasons.. Let alone nine seasons.. Yes being a Sagittarian I can easily get bored with a thing and move on to the next thing..  But this guy really make me look forward to this season of American Idol.. An endagered species guy.. So enlightening to have known that there is still this kind of guy on earth..

 

Make me cry every time I watch it.. So maybe you want to prepare a tissue before clicking the play button..

 

 

 

Bagaimana mengayat gadis tanpa mengeluarkan kata-kata January 18, 2011

Filed under: tips — lavenderina @ 2:43 pm
Tags: , ,

Okay disebabkan saya tidak begitu produktif sejak akhir-akhir ini, untuk menebus kesalahan saya maka pada hari yang mulia ini saya dengan murah hatinya ingin menurunkan ilmu mengayat buat jejaka-jejaka di luar sana yang amat pemalu untuk mengeluarkan kata-kata tapi dalam hati tuhan aje yang tahu betapa korang sayangkan si dia cewahh..

 

Ya lelaki memang selalu macam tu.. Kebanyakan lelaki memang macam tu.. Emm kebanyakan lelaki.. Betul ke frasa ni.. Kebanyakan tu kan berasal dari perkataan banyak.. Banyak tu kan untuk benda yang selain manusia.. Kalau manusia kita kan kena guna perkataan ramai.. Jadi perlukah saya menggunakan frasa keramaian lelaki? Emm.. Frasa.. Lama tak dengar perkataan tu.. Dah rasa macam cikgu sekolah la pulak..

 

Okay berbalik ke persoalan asal.. Jika anda jejaka yang termasuk dalam golongan yang mempunyai emas di dalam mulut, maka anda boleh mula mengambil pen dan kertas okay laptop pon boleh okay blackberry pon boleh okay ipad okay whatever kat mana korang nak catatkan benda ni sukalah hati tapi sila mula catat sekarang ya..

 

1. Mula-mula anda kena mempunyai muka yang garang, kalau dapat ala-ala Simba ke ala-ala kaki pukul ke tapi kaki pukul kenalah capai tahap Haq janganlah kaki pukul macam dalam cerita Senario.. Tapi janganlah pulak pukul si gadis ni.. Kalau nak lebih real kena simpan rambut panjang.. Barulah Simba.. Tapi pastikan terjaga rapi ya.. Kalau betul-betul macam Simba orang pon taknak dekat.. Rasionalnya? Supaya bila sekali-sekala anda mengambil berat tentang si gadis , anda akan kelihatan sangat manis (read: sho shweet) dan mencairkan hati si gadis.. Macam “oh muka je garang tapi sebenarnya dia sweeeeeeet sangat” haa camtulah..

 

2. Berat mulut atau tak, anda kena buka mulut untuk ajak si gadis keluar.. Tapi sila jangan buat muka manja ala malu-malu nak ajak keluar.. Sila ajak keluar dengan nada biasa sepertimana anda mengajak seorang rakan lelaki keluar.. Tapi janganlah sampai berhoi bagai.. Sopan mesti ada.. Cuma jangan lembik..

 

3. Ketika keluar berdua, pegang tangan si gadis untuk menyeberangi jalan.. Tapi jangan gatal-gatal nak buat aksi bertentang mata dan kemudian dua-dua tersenyum malu apabila tangan terpegang macam dalam drama swasta, sebaliknya anda harus buat-buat tak tahu dan mengekalkan muka yang garang sambil melihat kenderaan yang lalu-lalang dan kemudian menahan kenderaan bila yang patut supaya anda boleh menghantar si gadis menyeberangi  jalan dengan gagah perkasa..

 

4. Apabila pulang dari menghabiskan masa berdua, pastikan anda menghantar si gadis ke pintu rumah.. Bukan bukan bawa kereta langgar pagar sampai depan pintu rumah.. Park la kereta kat luar dan kemudian berjalan dengan si gadis sehingga ke pintu rumah beliau.. Tunggu beliau masuk dan menutup pintu barulah anda membelahkan diri..

 

5. Belikan si gadis hadiah-hadiah kecil yang bermakna.. Contohnya apabila anda keluar dengan si gadis lepas tu terjumpa patung kecil dan si gadis cakap “comelnya benda ni”, jadi esoknya atau lusanya atau tulatnya tak kiralah bila tapi lebih afdal pada hari jadinya, anda perlu membelikan beliau patung tersebut.. Tapi ia tidak boleh diamalkan selalu kerana boleh menyebabkan poket anda koyak, melainkan anda seorang yang kaya-raya seperti Jutawan Lubnan..

 

6. Apabila si gadis hendak pulang ke kampung menaiki bas dan tiada kenderaan untuk ke Puduraya, anda harus berusaha sehabis mungkin untuk menghantar beliau ke Puduraya, dan perlu menunggu sehingga bas beliau hilang dari pandangan mata anda, tak kiralah anda tak tahan nak terkencing ke nak terberak ke anda kena jugak tunggu.. Lepas tu jangan lupa follow up pulak untuk pastikan beliau telah selamat sampai..

 

7. Last but not least untuk episod kali ini cewahh hehe, mempunyai kebolehan bermain gitar dan menyanyi dengan menggunakan key yang betul adalah satu kelebihan.. Supaya kalau keluar anda boleh melepak main gitar dengan si gadis, dan menyanyikan lagu-lagu yang menyampaikan maksud hati anda.. Tanpa perlu anda menujukan lagu itu kepada beliau.. Kalau si gadis itu cepat pick up, beliau akan faham, tapi kalau tak, teruskan mencuba ya.. Contoh lagu yang boleh dinyanyikan:

 

 

Thank you hubby *tiba tiba* hehe okthxbye

 

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.