Chemorian Chapter

Just humble little words from a humble little lady about her humble little world…

Kemengidaman Seumur Hidup March 3, 2011

Filed under: ramblings — lavenderina @ 4:38 pm
Tags: ,

Korang pernah tak ada satu benda yang korang nak sangat pada satu-satu masa, tapi korang tak dapat masa tu jadi menyebabkan korang hanging pada benda tu seumur hidup.. Alah macam yang Oprah Winfrey cakap masa kecik dia nak barbie doll tapi tak pernah dapat so bila dia dah kaya raya sekarang dia masih lagi kumpul barbie doll tu siap ada satu bilik khas lagi untuk barbie dollnya untuk memuaskan nafsunya hahaha camtu la lebih kurang.. Ada tak? Korang ada tak??

 

Ye aku tanya sebab aku rasa aku ada.. Ada beberapa sebenarnya.. Tapi yang aku nak kongsi kat sini cuma satu.. Yaitu.. Jeng.. Jeng.. Jeng..

 

Bukan sebarang KFC, tapi KPF Original Recipe bahagian peha.. Ye KFC Original bahagian peha adalah perkara yang saya tidak akan dapat tinggalkan seumur hidup dan ia merupakan pesanan yang akan saya pesan setiap kali saya singgah di mana-mana restoran KFC.. Hatta KFC mempunyai resepi baru sekalipun, hatta aku hendak mencuba hidangan lain sekalipun, sekurang-kurangnya mesti ada sebiji peha ayam original recipe dalam pinggan aku.. Atau hidanganku akan dirasakan tidak lengkap huhuhu..

 

Semuanya bermula pada zaman aku sekolah tinggi 13 tingkat kat Shah Alam dulu.. Yelah walaupun aku takdelah sesusah mana tapi perbelanjaan ada catuan jugak.. PTPTN pulak tak dapat-dapat lagi.. Yelah time matrikulasi mana dapat PTPTN kan.. Jadi perbelanjaan semuanya bergantung pada abang aku.. Dan aku pun tak berani nak mintak lebih-lebih.. Apa yang ada jelah.. So nak makan KFC tu agak jarang jugakla.. Tapi tak kesah sangat pon.. Sebab kawan-kawan pun ala-ala gak.. So okayla..

 

Sehinggalah kepada suatu hari apabila aku berombongan dengan kakakku pulang ke kampung tercinta di suatu malam yang hening.. Menaiki bas ye..  Sebelum menaikkan diri ke dalam bas kakakku singgah sebentar untuk ke KFC untuk membeli  bekalan untuk anaknya yang berusia emm berapa tahun ya tak ingatlah okay aku bantai jelah dua tahun.. Aku pon tak heran sangat masa tu walaupun aku belum makan lagi.. Yelah sudahlah kakakku yang membelanja tiket bas, takkanlah aku hendak meminta beliau membelanja KFC pulak kan.. Lagipun dalam kepala aku masuk bas je aku nak tidur sampailah ke Ipoh nanti.. Best best dapat tidur dalam aircond kataku dalam hati..

 

Sementelah kitorang menyelesakan diri ke dalam bas yang dipenuhi rakyat jelata lain yang tak mampu atau tidak mahu menggunakan kenderaan sendiri untuk perjalanan sejauh tiga jam itu, bas pun bergerak menuju ke destinasi.. Aku pon mulalah nak memejam mata untuk merehatkan minda dan anggota badan sehinggalah tiba-tiba aku terhidu bau yang amat menggoda lidah dan tekakku.. Lantas akupun membuka mata untuk melihat bau yang amat menggiurkan itu.. Ya itulah bau ayam goreng KFC original recipe bahagian peha yang sedang dijamah oleh anak saudaraku itu.. Indahnya pemandangan itu apabila daging peha yang lembut dan masih panas itu digigit oleh gigi comel anak saudaraku.. Aku hanya mampu menelan air liur.. Walau perut agak kelaparan aku tidak mempunyai daya untuk meminta sedikit makanan itu daripada kakakku itu.. Jadi akupun hanya berpeluk tubuh, kembali memejamkan mata, bersandar ke kerusi dan cuba untuk tidur.. Walaupun bau yang sangat harum di malam yang hening itu bagai sengaja mencucuk-cucuk hidungku dan mempermainkan keimananku..

 

Sejak hari itulah aku jadi macam terkenan kepada bahagian peha KFC resepi original.. Tambah-tambah lagi sekarang bila aku dah bekerja dan mampu nak makan KFC seberapa banyak yang aku suka.. Tapi berapa ratus peha ayam aku makanpun takkan dapat memuaskan hatiku sampai bila-bila sebab masa yang aku nak sangat aku tak dapat.. Aku rasalah.. Sebab sampai sekarang ni aku masih tak jemu-jemu melantak benda yang sama..

 

Kesian kan..

 

 

FreSH cHocoBerrY HunT July 13, 2009

Filed under: ramblings — lavenderina @ 5:26 pm
Tags: , ,

Sepertimana kebiasaan orang-orang mengandung, aku juga tidak terlepas dari fenomena mengidam.. Kalau nak dikirakan sejak awal mengandung memang banyak yang aku mengidam, daripada ikan pekasam goreng dengan cabai burung dan bawang besar, sampailah ke rambutan gading, semuanya aku nak.. Tapi semuanya tu senang je nak dapat kan, kecuali satu, strawberry yang dipetik fresh dan kemudian dicelup coklat..

 

Ntah aku pun taktau macamana aku boleh teringin nak makan benda tu.. Dahla nak petik fresh punya kan.. Mengada-ngada sangat.. Bak kata kawan aku, selera antarabangsa sangat.. Tapi disebabkan dah mengidam, terpaksala hubby tercinta menurut.. Maka kami pun memutuskan untuk pergi ke Cameron Highlands, dengan harapan adalah seorang dua penjual strawberry yang akan mengizinkan kami untuk memetik barang seketul dua strawberry tersebut untuk memenuhi kehendak hati ini.. Maka bermulalah pencarian strawberry segar celup coklat kami yang dianjurkan beberapa minggu yang lalu hehehe..

 

Picture 175

 Pemandangan dari dalam kereta dalam proses pendakian ke Cameron Highlands di tengahari yang terik.. Tolong abaikan tarikh kerana lupa nak set kamera maka jadilah tarikhnya dua tahun yang lalu huhuhu

 

Picture 178

 Percubaan pertama yang gagal.. Punyalah teruja mula-mula tengok signboard “pick your own strawberry”.. Ingat dah boleh lepas dah.. Rupa-rupanya tutup pulak hari kami pergi tu.. Frust tak hingat..

 

Picture 179

 Hanya mampu melihat strawberry dengan kesayuan (ceh konon.. padahal nak posing jugak kat kebun strawberry tu kan hahaha)

 

Kemudian kami pun meneruskan perjalanan dengan penuh harapan, sehinggalah tiba di sebuah pasar yang aku pun kurang tahu namanya.. Terjumpa pula dengan kedai yang menjual strawberry coklat maka terus membeli untuk mengubat hati hahaha..

 

Picture 185

Sebelum...

Selepas hehehe..

Selepas hehehe..

Dan si suami tercinta turut menghadiahkan bunga buat pengubat hati yang lara huhuhu

 

TQ hubby :)

TQ hubby :)

 

Setelah mengisi perut dan membeli-belah lebih kurang kami pun meneruskan perjalanan lagi, sehinggalah.. jeng jeng jeng..

 

Picture 209

Picture 210

Sebuah kedai yang membenarkan orang ramai memetik sendiri strawberry mereka pada harga RM20 setengah kilo.. Alhamdulillah kami sendiri tidak tahu kewujudan kedai sebegini tapi rezeki menemukan kita cewwaahhh.. Kami pun dengan penuh rasa teruja memulakan langkah untuk memetik setelah membayar wang pendahuluan, tapi sebelum tu..

 

Picture 192

Kami berkunjung ke kedai menjual strawberry coklat berdekatan untuk membeli sedikit coklat cair untuk dicelupkan dengan strawberry nanti.. Walaupun tidak mahu menjual coklat tersebut pada mulanya, namun setelah dipujuk dan mungkin kerana terlihat perutku yang memboyot, penjual itu akhirnya bersetuju untuk memberikan kami coklat tersebut.. Percuma pulak tu..

 

Terima kasih penjual strawberry coklat!!!

Terima kasih penjual strawberry coklat!!!

Maka proses memetik pun bermula..

Picture 199

Picture 203

Picture 197

Picture 198

 Picture 207 

Dan akhirnya………

Picture 212

Alhamdulillah.. Berjaya jugak kami memenuhi hajat terpendam.. Masa dapat makan tu rasa memang sedap sangat.. Rasa cam nak menangis sedapnya.. Maklumlah benda dah lama cari bila dapat memang puas hati..

 

Picture 222

Terima kasih Cameron Highlands.. Dan terima kasih baba kerana sanggup bersusah-payah memenuhi hajat mama dan baby.. Lebiu hehehe

 

 

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.