Chemorian Chapter

Just humble little words from a humble little lady about her humble little world…

Malam Yang Paling Menakutkan Part II December 20, 2010

Filed under: ramblings — lavenderina @ 6:35 pm
Tags: ,

Bahahaha cubaan untuk menaip satu entry penuh dengan menggunakan BB telah gagal dengan jayanya.. Camni cam takde maknanya aku mendownload WordPress for Blackberry kalau nak tunggu berdepan dengan komputer gak.. Kalau dah old skul kan..

Okey berbalik kepada cerita utama entry ini..

Akupun menoleh..

Aku terpaku..

Lidahku kelu..

Mataku kelabu..

Pandanganku kelam..

Ewahh lebih-lebih lak hehehe..

Okey sebenarnya aku terkedu bila melihat keempat-empat pintu kereta telah dikunci melalui alarm yang berada di tangan anakku itu.. Aku cemas.. Dan biasalah bila keadaan cemas otak kanan dan kiri jarang berfungsi.. Tapi aku gigih memaksa otak kanan dan kiriku hatta serebrum, selebelum dan medula oblongata untuk bekerja mencari jalan membuka pintu keretaku itu..

Sedang kepala ligat memikirkan apa yang perlu dibuat aku terdengar bunyi ‘taab’ itu sekali lagi.. Kunci pintu kereta terbuka semula.. Aku pantas meluru ke arah kereta untuk membuka pintu dan kemudian ‘taab’, pintu terkunci sekali lagi.. Cis apekah permainan yang cuba dimainkan oleh anakku ini? Taukah beliau jam sudah melewati tengah malam dan tidak sesuai untuk apa-apa permainan sekalipun.. Err maksud saya bagi budak kecik berusia 16 bulanlah hehehe..

Tak pasti apa yang perlu dibuat ditambah dengan emosi yang bercelaru akupon cuba membuka pintu kereta sekuat-kuatnya sehingga kereta itu bergoyang sedikit.. Anakku yang melihat kerenahku melalui tingkap kereta yang tertutup sempat ketawa.. Apa dia ingat aku buat lawak ke? Dahla aku sedang dalam cubaan menyelamatkan beliau, beliau boleh pulak mengetawakan aku.. Cisss..

Setelah beberapa kali berusaha tapi tidak berjaya aku mula panik.. Tiba-tiba teringat kes bayi melecur sebab tertinggal dalam kereta.. Tapi kemudian bila teringat eh ini kan malam mana ada matahari kemudian rasa selamat sikit.. Pastu terfikir balik alamak cukup tak udara kat dalam tu pasal tingkap semua tutup.. Kalau tak cukup udara macam mana dia nak bernafas.. Pastu panik balik.. Ke hulu ke hilir ke hulu ke hilir aku memikirkan cara hendak mengeluarkan beliau.. Dan beliau masih riang gembira bermain dengan alarm yang berada di tangan beliau..

Sedang aku berdoa agar beliau menekan bukan unlock kembali, tiba-tiba aku teringat kunci simpanan.. Aku pun terus mencari di atas rak kasut di mana kali terakhir aku terlihat kunci tersebut.. Selak-selak takde.. Selak-selak takde.. Aduss mana lak peginya.. Taknak membuang masa akupon menelefon hubby menanyakan kunci tersebut.. Ada antara celah rak kasut dengan dinding tu katanya.. Akupon kelam-kabut mencari di celah-celah rak kasut tersebut.. Sehingga hampir menjatuhkan akuarium yang berada di atas rak kasut itu.. Nasib baik.. Kot tak lain pulak yang jadi..

Dah cari-cari tak jumpa jugak.. Anak dalam kereta dah mula menangis.. Panas agaknya.. Mungkin juga takut kerana ditinggal seorang diri di kala malam sunyi.. Aku bertambah panik.. Dalam telefon dah marah-marah hubby sebab kunci tak jumpa lagi.. Tiba-tiba beliau teringat ada satu kunci spare lagi di tempat simpanan kunci.. Dan tanpa melengahkan masa akupon meletakkan telefon dan menuju ke tempat simpanan tersebut dan alhamdulillah ada kunci spare di situ..

Sepantas He-Man akupon keluar ke kereta membuka kunci pintu dan alhamdulillah pintu pon terbuka.. Akupon terus mengangkat anak kecilku yang sedang meraung gila babs dan memeluk beliau seeratnya dan mengucup beliau sepuasnya sambil meminta maaf sebab aku agak lembs dalam menyelamatkan keadaan..

Lewat  malam itu, selepas menidurkan beliau dengan jayanya, aku masih tak boleh tidur.. Memang itu malam yang amat menakutkan.. Macam-macam yang datang dalam kepala.. Boleh terbayang muka dia yang melecur akibat kepanasan, boleh bayangkan dia terseksa mencari nafas, dan yang paling tak tahan siap bayangkan diri ini digari dan dibawa ke mahkamah atas tuduhan penderaan atau pembunuhan.. Tapi alhamdulillah all ends well.. Syukur Ya Allah..

Jadi pengajarannya kawan-kawan, jangan banyak berimaginasi.. Tak baik untuk kesihatan hehehe

 

Malam Yang Paling Menakutkan December 19, 2010

Filed under: ramblings — lavenderina @ 1:02 am
Tags: ,

Sebelum mulakan entry baik buat disclaimer dulu.. Walaupun tajuk agak seram, entry ini tiada kena-mengena dan sama sekali tidak mempunyai unsur-unsur seperti yang terdapat dalam Mistik Alam Hitam, Niyang Rapik, Hantu Mak Limah Balik Rumah, Potret Mistik mahupun Seekers dan cerita-cerita yang sewaktu dengannya ..

Ye entry ini bukan mengenai kisah hantu.. Walaupun orang selalu mengaitkan ketakutan pada waktu malam dengan hantu, tetapi hantu bukanlah satu-satunya penyumbang kepada perkara tersebut.. Ada macam-macam lagi elemen yang boleh menyebabkan orang takut pada waktu malam.. Contohnya seorang suami akan takut apabila terpaksa berhadapan dengan isteri kerana kesan lipstik di baju tidak boleh hilang sedangkan alasan balik lambat adalah kerana ada mesyuarat, seorang anak remaja yang terjaga di tengah malam takut kalau-kalau ibunya tahu beliau telah terkencing di tempat tidur, dan lebih menakutkan jika ibunya memberitahu kawan-kawannya termasuk awek yang ingin diekjas, dan satu lagi contoh adalah kisah benar yang aku alami baru-baru ini..

Okey kisahnya begini..

Aduss lenguh jugak menaip pakai BB nih..

Okey okey sambung cerita..

Kisah bermula apabila aku dipaksa menghadiri majlis menggemukkan diri a.k.a majlis perpisahan kawan-kawan yang dipindahkan ke tempat baru.. Walaupun agak berat hati mengenangkan anak yang ditinggalkan di rumah mertua, ku gagahi jua bagi meraikan kawan-kawan yang banyak berjasa cewah hehehe..

Jadi akupon pergilah ke majlis itu.. Makanan memang sedap tapi disebabkan entry ini bukan pasal makan jadi aku skip bahagian tersebut so zitzitzit (bunyik forward) dah time balik so aku pon baliklah..

Tiba di rumah mertua lebih kurang jam 11.30 malam anak aku yang dah tidur awal-awal tadi dah terjaga.. Nampak aku je terus dia lari mendapatkan aku macam rindu giler.. Memang pandai buat aku syahdu dia ni.. Berlakon ke apa aku tak pastilah.. Dan tanpa melengahkan masa akupon membawa beliau pulang..

Dalam kereta dia meragam sikit biasalah mamai kan.. Jadi sampai-sampai je rumah dalam pukul 12 tengah malam, aku matikan enjin dan aku bagi dia main kunci kereta tu supaya dia tak merengek.. Aku pon terus keluar dan keluarkan barang bawak masuk rumah dulu.. Letak je barang tu tiba-tiba aku dengar bunyi ‘taab’…

Akupon menoleh..

Seriyes aku tak larat nak menaip kat BB ni dah.. Nanti depan komputer aku sambung ye

Jumpa lagi :D

Posted with WordPress for BlackBerry.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.