Chemorian Chapter

Just humble little words from a humble little lady about her humble little world…

Ayu Raudhah, Kosmo dan Mahaguru58 January 29, 2011

Filed under: ramblings — lavenderina @ 6:03 pm
Tags: ,

Okay hari ini saya nak berbicara tentang perkara yang serius sedikit

 

*berdehem dan betulkan spek*

 

Saya seorang wartawan.. Ya jikalau anda telah membaca beberapa entry sebelum ini anda pasti tahu saya adalah seorang wartawan.. Walaupun bukan seorang wartawan yang terkenal, dan tidak pernah memenangi Anugerah Kajai, saya masih digelar wartawan.. Dan sepertimana profesion lain di mana orang selalunya akan mempertahankan rakan seperprofesionannya, saya juga tidak dapat menahan diri untuk membela rakan wartawan yang dihina, lebih-lebih lagi atas kesalahan yang bukan dilakukannya..

 

Okay intro mungkin berbelit sedikit.. Macam ni sebenarnya.. Baru-baru ni kan ada laporan Kosmo dengan tajuk yang agak mendatangkan tanda soal yaitu “Ayu Raudhah cuba puaskan Zaquan”.. Pastu ada seorang blogger ni,  yang menggelar dirinya Mahaguru58 terus membantai wartawan yang menulis artikel tersebut di sini tanpa sebarang belas kasihan..

 

Ikutkan hati aku memang teringin untuk meninggalkan komen blog beliau, tapi memandangkan ada komen sebelum ini yang didelete, dan ada komen rakan-rakanku yang belum diapprove, adalah lebih baik agar aku tidak membuang masa lantas menulis di ruanganku sendiri..

 

Tentang tajuk itu, aku faham kenapa orang marah, atau upset, atau mungkin ada sesetengah orang teruja sehingga tanpa banyak tanya terus membayar RM1 dan terus membawa naskhah itu pulang which is exactly its purpose.. Aku pon mudah melencong apabila ayat seperti itu digunakan sebagai headline.. Apatah lagi apabila bercakap tentang pasangan yang baru berkahwin.. Tapi tidak perlu melulu menyalahkan wartawan sehingga memalukan beliau dan memberi maklumat facebook, melibatkan keluarga dan sebagainya.. Lebih-lebih apabila anda seorang yang memperjuangkan Islam.. Adakah tindakan memalukan orang adalah tindakan yang bijak? Kita bukan orang politik, jadi tak perlu lakukan serangan peribadi.. Seeloknya kalau jujur memberi teguran, tidak perlu sehingga memalukan..

 

Dan yang pasti, kesalahan itu tidak wajar diletakkan ke atas bahu beliau.. Headline bukan ditentukan oleh wartawan.. Manakala keseluruhan isi tidak ada yang tidak kena.. Jadi untuk menyalahkan wartawan untuk perkara itu adalah tidak wajar.. Saya pernah melihat komen pembaca yang menerangkan hal sebenarnya tapi blogger berkenaan bertindak memadam pula komen pembaca tersebut.. Adakah beliau tidak mahu menerima kenyataan atau tidak mahu pembaca lain mengetahui perkara yang sebenarnya, itu saya tidak tahu..

 

Menulis untuk akhbar, atau untuk blog, atau apa sahaja yang mempunyai skop pembaca yang luas, harus disertakan dengan tanggungjawab atau ada pihak yang akan dianiaya.. Dalam kes ini, adalah tanggungjawab penulis untuk memastikan kesalahan diletakkan di atas bahu yang sepatutnya,  bukannya mengambil jalan singkat dan menyalahkan wartawan yang hanya menjalankan tugas yang diamanahkan..

 

Maafkan saya sekiranya saya menegur anda yang lebih berusia dan berpengalaman dari saya.. Tetapi usia dan pengalaman tidak menjadikan seseorang itu maksum kan.. Kan sebagai saudara seagama kita seharusnya saling menegur kan..

 

Dan pepatah yang saudara cipta iaitu “Jika takut dibelasah blogger, maka laporlah secara berhemah, Insya Allah selamat!” juga ditujukan semula kepada saudara.. Semoga kita semua dapat melapor dengan lebih berhemah pada masa akan datang..

 

Sekian..

 

 

Kenapa saya jadi wartawan? December 22, 2008

Filed under: ramblings — lavenderina @ 4:26 pm
Tags: ,

Ketika saya kecil (bukan saja dari segi usia tapi juga dari segi saiz), saya juga tidak mengerti apakah itu wartawan, apatah lagi untuk memilih kerjaya tersebut.. Maka apabila cekgu bertanya cita-cita saya maka jawapan saya ketika itu adalah cikgu atau ustazah (melambangkan betapa sucinya pemikiran sy ketika itu hehe).. Selain daripada pekerjaan ibu bapa saya sebagai pekerja kilang, hanya itulah kerjaya yang saya fahami.. Maklumlah ketika itu tiada internet lagi..Takkanlah saya hendak berkata saya hendak menjadi pekerja kilang pula, tidak sanggup rasanya untuk menerima pelangkung cikgu saya di ketika itu..

 

Kemudian bila berada di sekolah menengah saya sudah cerdik sedikit (saya rasalah).. Itupun kerana pengaruh Wan Zaleha Radzi yang ketika itu begitu popular.. Walaupun saya bukan lesbian (saya rasa la) saya amat mengkagumi kecantikan Wan Zaleha pada waktu itu.. Bagi saya Wan Zaleha amat cantik walaupun dengan rambut paras bahu yang agak kembang dan fringe yang hampir mencucuk mata, dan kot yang agak besar berwarna putih.. Yelah saya melihat beliau di tv hitam putih.. Tentulah sama ada ia hitam atau putih, maka kalau warna sebenarnya adalah kuning atau biru laut saya juga tidak tahu..

 

Ia juga menyebabkan saya turut bersama-sama menyertai bapa saya untuk menonton berita walaupun saya sebenarnya tak kesah langsung dengan apa yang diberitakan itu..  

 

Kegilaan terhadap Wan Zaleha sering di bawa ke sekolah apabila saya dan seorang rakan yang turut menggilai Wan Zaleha juga sering membawa stail bacaan Wan Zaleha dalan pembentangan atau apa-apa ucapan dalam kelas.. Sehingga ada di antara rakan-rakan kami yang mencemekkan muka dan tidak kurang juga yang mengeluarkan tanda soal di atas kepala mereka diikuti oleh muka yang blur.. Mungkin mereka tidak menonton berita agaknya.. Maklumlah bagi pelajar2 sekolah kampung seperti pelajar2 sekolah saya itu perkembangan dunia luar tdklah begitu penting.. Kerana kami lebih mengambil berat mengenai masyarakat sekeliling, siapa dating dengan siapa, siapa gaduh dengan siapa, siapa minat siapa, bapak siapa kawin dua, mak siapa masak nasik lemak sedap giler dan kawasan2 yg sewaktu dengannyalah..

 

By the way, jawapan kepada mak siapa masak nasik lemak sedap giler itu adalah mak Noni.. sehingga beliau dipaksa membawanya ke sekolah hampir setiap hari.. Dan disebabkan kami ramai, dan emak beliau tidak mempunyai taperwer yg besar, nasik lemak itu terpaksa dibungkus di dalam sebuah beg plastik yang besar (macam orang bawak balik nasik dari kenduri cuma ini lagi besar), manakala sambal yg the best sambal of the world, timun dan telur yang boleh mencapai 10 biji setiap kali diletakkan di dalam bekas yg lain.. Dan beliau terpaksa menjinjing semua itu ke skolah tanpa rasa malu (wpun beliau adalah antara top girl in the school).. Mungkin kerana beliau dihantar oleh ibunya ke pintu pagar sekolah.. Kalau saya yang terpaksa mengayuh basikal sejauh 2.5km, dan kemudian menunggu bas di bus stop yang penuh dengan org ramai yg hendak ke skolah mahupun ke tempat kerja, kemudian terpaksa berasak2 menaiki bas, juga terpaksa terhenjut2 di dalam bas yg sudah layak dijadikan tukun, kemudian terpaksa berjalan kaki pula sejauh mungkin 1.5km lg seblum smpai ke sekolah, ya, mgkin saya akan rasa malu utk menjinjing beg plastik tersebut.. Mungkin juga nasik lemak tersebut akan habis dirembat ketika saya berasak2 utk menaiki bas td..

 

Berbalik kepada cerita asal..

 

Kemudian apabila kami mengisi borang utk memasuki universiti, saya sebenarnya tidak terus memilih utk kursus yg boleh menjadikan sy spt Wan Zaleha.. Saya sbnrnya agak meminati jurusan perakaunan, ya, kerana saya mata duitan.. Tp mata duitan saja tdk cukup  utk menyertai kursus perakaunan, kerana seseorg itu haruslah bijak memilih kursus yg sesuai dgn kelulusan, bukannya terus meminta kursus2 ijazah sedangkan prinsip akaun cuma dapat 2 dan agg cuma 16.. Begitulah malangnya apabila tiada siapa yg ingin menjadi penunjuk ajar utk mengisi borg memohon universiti (huhu).. Maka sayapun dihumbankan ke pilihan kursus ke4 iaitu Matrikulasi Sebaran Am di UiTM di hatiku.. Mungkin Tuhan juga menginginkan saya menjadi spt Wan Zaleha hehehe..

 

Di peringkat matrikulasi, saya juga masih tdk berapa faham mengenai kursus yg saya ambil.. Dan ia juga agak sukar bg saya, krn kebanyakn pelajar2 amatlah fasih berbahasa omputeh dan menggunakan bahasa tersebut sbg perbualan harian.. Bagi saya yg berasal dari sekolah kodok ini tentulah ia menjadi masalah kpd sy.. Masih sy ingt lg dalam satu kelas bahasa omputeh oleh puan ape sy pun x ingt, sy hampir menangis bila disuruh membuat satu pengucapan awam.. ah alangkah malunya saya mengingat saat2 itu.. Tapi sy tdk berputus asa sehingga ingin berhenti.. Tambahan pula sy mempunyai rakan2 yg giler terutama juju yg membuatkan hidup sy begitu ceria, jd sy tdk terlalu memikirkan masalah tersebut malah berusaha memperbaikinya..

 

Alhamdulillah, sy berjaya menamatkan kursus matrikulasi pada masanya dan kemudian melanjutkan pelajaran ke pringkat ijazah.. Itulah masanya utk sy betul2 memilih arah tuju hidup sy nnt.. Pd mulanya sy agak berbelah bahagi sama ada utk memilih bidang penyiaran atau kewartawanan.. Namun sy kemudiannya terus memilih jurusan kewartawanan, atas sbb apa sy pun kurang pasti.. Mgkin sbb sy terpengaruh dgn statement bhw kewartawanan adalah ibu kepada komunikasi massa (journalism is the mother of mass comm) wpun lepas tu sy x percaya lagi statement tersebut kerana sy ada dgr budak2 publishing ckp publishing is the mother of mass comm, dan budak2 broad pun ckp broadcasting is the mother of mass comm dan semualah.. Pendek kata semua nk jadi mak..

 

Tp yg pentingnyer sy tak pernah menyesal mengambil kursus tersebut, malah sy makin menggemarinya hari demi hari.. Terutama apabila sy berpeluang mengajuk pensyarah kegemaran sy,  yg sering mengetap2 bibir dan memejam2 kan mata ketika berkata2.. Sy juga menemui rakan baik sy yg kini sudah meninggalkan dunia yg fana ketika berada di kursus itu.. Sy juga berpeluang mengenali beberapa org yg istimewa terutama Kak Nisa yg dirasakan sebaik2 manusia, maka barang siapa yg dijodohkan dgn beliau adalah insan yg paling bertuah di dunia (bukan ayat ambil hati, tp ayat dr hati hehe).. Dan juga Kak Aza yg dirasakan secantik2 umat, dan seorg perfectionist yg paling perfectionist..

 

Dan kemudian apabila berjaya menamatkan pengajian, sy mengambil masa hampir 4 thn sebelum berjaya menjadi wartawan yg sbnrnya.. Sblum itu sy pernah bekerja dgn jawatan Broadcast Journalist di sebuah production house yg tdk dpt dinamakan atas sbb2 keselamatan dgn gaji kasar RM850 sebulan, tp tajuk yg lebih sesuai utk kerja tersebut sy rasa ialah kuli batak krn sy perlu membuat semua kerja, dari melahirkan proposal utk rancangan TV atau drama, membuat skrip sehinggalah kpd penggmbrn.. Sy juga pernah bekerja di sebuah hotel yg trut tdk dpt dinamakan atas sbb2 yg sama, di mana sy akhirnya tpaksa berhenti krn tdk tahan dgn bos2 yg bodo.. Kemudian sy bekerja di sebuah lg production house ttp kali ini ia menghasilkan program permainan melalui sms, di mana kemudiannya sy dan kesemua rakan2 sekerja yg lain diberhentikan atas alasan kompeni tdk dpt membuat keuntungan (come on, RM3 satu sms, sekali program thousands of sms, program lak setiap hari, x untung lagi ke???).. Dan yg terakhir sekali adalah pekerjaan sbg Logistic Assistant di sebuah kilang elektronik yg agak glemer di daerah keramat.. Yes Logistic Assistant, wpun ia tdk kedengaran begitu logik jika dikaitkan dgn tajuk pengajian sy..

 

Dan akhirnya berita yg sy tunggu2 pun tiba.. Ya sy diterima menjadi wartawan.. Dan masih sy ingt waktu itu sy begitu gembira dan bersyukur krn akhirnya dpt mencapai apa yg sy cita2 kan.. Walaupun bukan wartawan dalam spesis Wan Zaleha, saya tetap gembira.. Perasaan yg tdk dpt digmbrkan dgn kata2, hanya Tuhan sahaja yg tahu..

 

Benarlah kata org, manusia cuma btl2 inginkan sesuatu apabila benda itu x dpt dicapai.. Bila ia sudah dicapai, maka org akan mengambil mudah tentangnya.. Begitu juga dgn sy, setelah lebih setahun di dlm bidang ini sy mula mengmbil mudah ttg beberapa perkar2 penting dlm menulis sesuatu laporan.. Sehinggalah suatu hari sy tergelincir.. Bukan saja tergelincir malah saya sudah dikira jatuh tertiarap dgn kaki trangkat ke atas sehingga mencapai muka, lebih drastik lg kasut yg saya pakai itu termasuk ke dlm mulut sy spt mana yg selalu kelihatan dlm kartun ujang..

 

Dan itulah tujuan sy menulis kemasukan (entry) ini.. Bagi mengingatkan sy betapa pentingnya kerjaya ini kpd sy.. Bg mengingtkan sy mengenai semua kepayahn yg dilalui utk mencapai cita2 ini.. Bg mengingatkan sy utk tdk mengambil mudah dlm menjlnkan tugasan seharian..

 

Semoga saya tdk tergelincir lagi.. Sakit dowhhhh..

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.