Chemorian Chapter

Just humble little words from a humble little lady about her humble little world…

Nah hadiah untuk anda warga kota January 27, 2011

Filed under: news — lavenderina @ 1:32 pm
Tags: ,

Bukan, bukan saya yang nak bagi hadiah tersebut tapi kerajaan yang akan bagi sempena sambutan Hari Wilayah 1 Feb ini.. Walaupun Hari Wilayah cuma satu hari, tapi goodiesnya ada yang sepanjang bulan u ols.. Okay senarai goodies seperti di bawah ya:

 

Kuala Lumpur

1. Kupon makan percuma kepada 2,000 pengunjung pertama pelancaran Hari Wilayah di Dataran Merdeka 29 Jan

2. Diskaun 50 peratus ke atas kadar sewa bagi penggunaan kemudahan-kemudahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti gelanggang sukan, dewan serbaguna, pusat komuniti sepanjang bulan Februari, termasuk kepada pengguna yang telah membuat tempahan

3. Keahlian percuma Perpustakaan Kuala Lumpur bagi pendaftaran sepanjang bulan Februari

4. Diskaun 50 peratus untuk bayaran masuk ke KL Bird Park, Taman Tasik Perdana pada 1 Feb

5. Tambang percuma bagi warga Malaysia dan diskaun 50 peratus ke atas warga asing bagi menaiki bas KL Hop On Hop Off pada 1 Feb

6. Bayaran masuk RM10 seorang untuk warga Malaysia kanak-kanak dan dewasa untuk ke dek pemerhati Menara Kuala Lumpur pada 1 Feb

7. Konsert-konsert percuma yang akan dianjurkan oleh DBKL di Panggung Anniversari Taman Tasik Perdana bermula 1 Feb

 

Putrajaya

1. Festival jualan murah di Alamanda dan Mydin bermula 29 Jan hingga 28 Feb

2. Bayaran masuk percuma untuk ke taman-taman awam dari 29 Jan hingga 1 Feb

3. Diskaun 30 peratus untuk pemegang MyKad Wilayah Persekutuan untuk perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya bermula 29 Jan hingga 1 Feb

4. Lawatan berpandu ke tempat-tempat menarik di sekitar Putrajaya dengan menaiki bas Nadi Putra secara percuma bermula di I-Center Dataran Putra pada 29 Jan hingga 1 Feb

 

Labuan

1. Pendaftaran keahlian percuma di Perpustakaan Awam Labuan sepanjang bulan Februari

2. Bayaran percuma untuk beberapa kemudahan termasuk gelanggang futsal dan boling padang, Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, Mini Auditorium Anjung Budaya dan peralatan aktiviti berkayak.

 

Okay itu sahaja warga kota semua.. Diharap anda bergumbira menyambut Hari Wilayah nanti.. Selamat Hari Wilayah :)

 

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.