Chemorian Chapter

Just humble little words from a humble little lady about her humble little world…

Selamat Hari Lahir Angah January 28, 2014

Filed under: dedications — lavenderina @ 7:26 am

Hari ini angah genap dua tahun.. Sayangnya mama masih di hospital, menemani adik yang terkena jangkitan paru-paru buat kesekian kalinya..

Dalam hati memang sedih, dah hampir seminggu tak jumpa.. Hari jadi pun tak dapat nak raikan.. Maafkan mama sayang tak dapat raikan hari lahir anak mama.. InsyaAllah bila mama pulang nanti kita potong kek ya..

Semoga anak mama membesar menjadi manusia yang soleh dan berguna untuk masyarakat.. Dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah dalam apa saja yang anak mama lakukan..

Happy birthday sayang.. Mama loves you

 

Welcome 2014 January 1, 2014

Filed under: dedications — lavenderina @ 4:04 pm
Tags: , ,

Alhamdulillah.. Got a lot to be thankful for.. Alhamdulillah ya Allah.. Alhamdulillah.. May we all be a better muslim this year and the years coming..

Happy New Year 2014

 

Di kala hati semakin merapuh December 30, 2013

Filed under: dedications — lavenderina @ 1:12 am
Tags: ,

image

Aminnnnn

 

Catatan Dari Rumah Sakit December 16, 2013

Filed under: humanity,piece of mind — lavenderina @ 11:28 am
Tags: , ,

Sayup-sayup terdengar suara kanak-kanak menangis meminta tolong.. Sekali sekala suara itu jelas kedengaran, mungkin kerana pintu bilik itu dibuka dan kemudian ditutup kembali.. “Tolong doktor, sakit doktor, jangan doktor, tolonggggg.. Sakitttttt” berulang-ulang.. Aku yang orang asing ni pun boleh sedih, tak dapat ku bayangkan perasaan mak dia.. Ya pada masa ni aku sedikit lega kerana dugaan kepadaku dihantar kepada anak kecil yang hanya pandai menangis, tak pandai berkata-kata.. Kalau jadi pada anak sulung mesti aku dah hantuk-hantuk kepala kat dinding tak tahan dengan rayuan dan rintihan kesakitan dia..

Ya masih di rumah sakit.. Kali ni di hospital kerajaan.. Kalau nak dibandingkan dengan hospital swasta memang jauh bezanya.. Tapi yelah dengan bil total RM30,000 di hospital swasta haruslah ada perbezaan ye tak.. Duduk di hospital kerajaan memang kurang selesa, tapi bukan itu yang dicari, aku cuma bimbangkan keadaan anak yang masih kurang sihat dan mudah terdedah kepada jangkitan lain.. Jadi apabila doktor yang memeriksa batuk-batuk, bilik yang penuh dengan pesakit dan katil yang diletakkan rapat-rapat, pelawat-pelawat yang juga batuk-batuk dan bersin sesuka hati, memang mendatangkan stress bagi aku.. Tapi syukurlah sekarang dah ditempatkan di bilik berasingan, moga-moga proses penyembuhan beliau berjalan lancar..

Tapi di sini aku dapat lihat tujuan aku ditakdirkan masuk ke hospital ini.. Mungkin Allah nak mengajar aku erti bersyukur bila tengok kes-kes lain.. Ada sorang budak ni 8 tahun, ada cecair ke apa dalam perut dia (aku curi-curi dengar penerangan doktor hahaha), duduk hospital dah dekat sebulan.. Masa aku duduk satu wad dengan dia, abang dia yang umur 12 tahun yang jaga dia, dan adik dia umur 2 tahun pun ada sekali.. Mak dia dah pegi keje, mungkin terpaksa sebab dah lama sangat dia dok hospital.. Mungkinla.. Aku pun taktaula kenapa tapi sayu sangat tengok abang dia uruskan adik-adik dia di hospital siap mandikan adik yang kecik tu, sikatkan rambut adik yang sakit tu.. Sayu gila..

Ada satu kes ni pulak budak umur setahun lebih.. Sebelum ni ada penyakit jantung berlubang, tapi dah buat pembedahan dan dah ok.. Pastu sekarang ada jangkitan kuman kat paru-paru pulak.. Tak ke stress kalau jadi kat aku.. Pas satu, satu dugaan budak kecik tu.. Dahla comel..

Ada satu lagi kes budak umur tak sampai 40 hari, jangkitan kuman dalam paru-paru jugak.. Mak dia tak abis pantang lagi, dah dok dalam hospital jaga anak.. Dahla hospital kerajaan, kalau hospital swasta mungkinla dia tolong mandikan anak ke apa.. Ni semua kena buat sendiri.. Nak risaukan anak yang sakit lagi.. Pastu katil pun dekat ngan budak yang dok batuk-batuk, lagila tambah stress kalau aku jadi dia..

Macam-macam kes lagilah yang aku dapat lihat kat sini.. Membuat aku teringat-ingat satu ayat dalam al-quran yang berbunyi:

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang telah engkau dustakan”

Moga kita semua tidak termasuk dalam kalangan mereka yang mendustakan nikmat Allah.. Amin..

 

Selamat Hari Lahir December 5, 2013

Filed under: dedications,ramblings — lavenderina @ 12:48 pm
Tags: , , ,

Selamat hari lahir untuk diri sendiri.. Hari lahir yang agak suram sebab masih di hospital menemani anak kecil yang belum sembuh sepenuhnya..

Masih cuba bertabah menghadapi dugaan.. Saat-saat ini tak ada lain yang diharap selain kesembuhan anakanda tercinta dan dapat bersama-sama kembali dengan seisi keluarga di rumah.. Rindunya pada anak-anak bujang di rumah Allah saja yang tau.. Nak bawak ke hospital takut diorang pulak yang berjangkit macam-macam penyakit kat hospital ni.. Alhamdulillah nasib baik ada kakak tolong uruskan.. Takdelah susah hati sangat..

Macamanapun, sungguh masih ada banyak ruang-ruang untuk bersyukur.. Melihat ada anak-anak yang lebih kecil dijangkiti bermacam penyakit, anak-anak yang dah bermukim di hospital entah berapa lama, anak-anak yang dilitupi wayar berselirat di sana-sini, dan bermacam-macam lagi keadaan anak-anak kecil di wad ini membuat dugaan yang menimpa anak kecilku tidak seberapa.. Dan aku bersyukur.. Namun masih mengharapkan agar beliau segera sembuh dan dapat pulang ke rumah dengan sihat..

Mohon jasa baik kalian juga mendoakan kesihatan beliau.. Moga Allah membalas jasa kalian

 

The Downside of the Wheel November 24, 2013

Filed under: disaster,ramblings,tips — lavenderina @ 12:42 pm
Tags: , , ,

Tiga minggu yang berlalu memang mendebarkan.. Episod yang paling panjang dalam kehidupan selama 32 tahun ini.. Minggu-minggu yang penuh dengan cubaan dan dugaan yang tak terbayangkan.. Namun bersyukur pada saat ini semuanya semakin reda..

Untuk menjimatkan masa menaip dan membaca anda semua, ku ringkaskan kejadian2 yang berlaku dalam bentuk seperti berikut:

Mula kerja (selepas lima bulan bercuti). Masalah duit mula menjelma sebab cuti tanpa gaji. Hantar baby taska, pengasuh bagi susu tepung walau dah bekalkan susu perahan. Baby demam, pergi klinik amik ubat. Motor husband rosak tengah jalan, tolong tarik, husband jatuh motor. Baby demam lagi, pergi klinik lagi. Baby demam lagi pergi private medical centre doc bagi antibiotik suruh balik. Baby demam lagi pergi medical centre tu balik doc suruh warded tapi bukan panel, so pergi another private medical centre penuh pulak pergi another private medical centre kena marah sebab dah lambat baby dah teruk. Fon kaput. Baby masuk icu. Aku pulak demam. Bengkak susu terpaksa perah buang. Baby transfer pergi another private medical centre sebab lagi pakar. Anak lagi dua orang pulak demam. Fon masih kaput. Keadaan baby makin teruk, dari tiub oksigen tambah tiub untuk feeding sampai akhirnya kena pakai tiub sipap untuk tolong bernafas. Susu pulak dah kurang.

Gitulah punya dahsat nyer minggu tersebut sampai tak cukup napas nak diceritakan.. Akhirnya dapat tahu virus apa yang dah menjajah paru2 baby iaitu adenovirus.. Virus ni kalau orang tua tak apa2 tapi kat baby sensitif sikit walaupun bukan semua.. Empat hari lepas mesin sipap dah bukak tinggal tiub oksigen biasa dan semalam dah dipindahkan ke wad biasa selepas 10 hari di icu alhamdulillah..

Alhamdulillah semuanya semakin baik, keadaan baby, anak-anak, fon, duit (gaji masuk awal hehehe) dan lain-lainnyalah.. Syukur sangat..

Justeru nak kongsilah doa yang kuamalkan sepanjang peristiwa hitam ini.. Doa ini dikatakan doa Nabi Yunus masa dalam perut ikan.. Elok diamalkan ketika ditimpa musibah atau kesulitan.. Tak tahulah samada doa ni membantu atau tak masa aku dalam kesusahan, tapi tak salah kita berusaha kan. Doanya berbunyi:

Lailahaillaanta, subhanaka, innikuntuminazzolimin

(Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim)

Amalkan sebanyak mungkin diikuti dengan doa kita. Moga ini dapat membantu kita menghadapi ujian dariNya. Good luck!

 

Bertemu Kembali October 28, 2013

Filed under: ramblings — lavenderina @ 1:30 am
Tags: ,

Salam Oktober..

Bertemu lagi kita setelah beberapa bulan menyepikan diri.. Sadis sungguh tahun ini.. Tinggal dua bulan untuk mengakhiri tahun, hanya dua entri menghiasi.. Adoiyai nampaknya azam tidak tercapai lagi..

Baru sudah menidurkan ketiga-tiga anak.. Ye anak sudah tiga sekarang.. Seperais tak? Hahaha.. Mak memang kelas bab2 menyeperais kan orang hahaha..

So bila anak dah tiga ni hidup pun makin kelam kabutlah kan.. Walaupun belumla masuk kerja lagi.. Sebenarnya takdelah kelam kabut mana, cuma kalau ada yang tak sehat, ada yang dok nak berkepit, ada yang menyusu taknak lepas sambil yang lain melalak mintak dibuatkan susu, abang-abang yang semakin pandai bekerjasama menyepahkan rumah, sesi perebutan mainan dan pergaduhan termasuk pembalingan barang-barang, atau masa nak hantar abang ke sekolah dan tiada orang nak menjaga yang lain di rumah hatta terpaksa mengangkut semuanya ditambah lagi dengan cuaca yang hujan, maka adalah masa2nya yang agak menduga keimanan hahahaha..

Tapi sungguh, sikit pun tak menyesal dengan kurnia ini.. Memang syukur sangat.. Telatah diorang nilah yang menghiburkan hati.. Dan bila masing-masing dah tidur camni, rasa tenang je pandang muka diorang.. Moga-moga diorang ni jadi anak-anak yang soleh..

Berat hati sangat nak mula kerja minggu depan.. Nak kena hantar taska lagi.. Adoiyai.. Kuatkah hati???

 

Rindu anak bujang January 14, 2013

Filed under: ramblings — lavenderina @ 1:33 pm
Tags: ,

Image

Rindu betul pada anak bujang yang dah sekolah sekarang ni.. Yelah sebelum ni kalau masuk kerja lambat bolehlah lepak ngan dia sarap dulu ke layan timmy time ke gaduh nak suruh dia mandi ke.. Tapi sekarang jam 8 dah kena pergi sekolah.. Bab bergaduh masa nak mandi memang kekal la kan, lagi-lagi pagi-pagi buta macam tu, tapi dah takde peluang nak sarap, nak lepak tengok timmy time atau special agent oso atau high five sekalipun.. kecuali masa cutilah kan.. Baru seminggu sekolah memanglah tak biasa lagi hehehe..

 

Teringat semalam beliau nak ikut bapaknya ke rumah kawan, adik ngan mama tak ikut jadi macam biasalah mama kalau tak ikut macam-macam dipesannya macamlah lama sangat budak tu nak pergi jadi mama pun cakaplah

 

“Nanti ikut baba behave ye jangan nakal-nakal ye”

“Nanti nak kencing bagitau baba cepat-cepat ye”

“Elok-elok lebiu”

 

Tu kata-kata maknye.. Yang si anak pulak masa dah masuk kereta dia jenguk keluar balik dan cakap

“Mama duduk rumah jaga adik elok-elok ye”

Masuk kereta balik, pastu jenguk keluar lagi

“Mama jangan buat adik ye”

Masuk kereta balik, pastu jenguk keluar lagi sekali

“Mama jangan marah adik ye”

 

Huhuhu anak siapalah ni….

 

Memang dah bijak sangat bercakap, kenkadang terkedu dibuatnya.. Bila difikirkan sekejap betul masa berlalu, si abang dan empat tahun si adik dah setahun.. Yang si adik lagilah sekarang suka sangat buat muka comel, kerut dahilah, jelinglah, sengih nampak gigi nan sebatanglah, macam-macam pe’el dia.. Manalah mama yang kat ofis ni tak rindu..

 

Baru pukul 1 tengahari dah rindu anak-anak.. Macamana nak jadi pekerja cemerlang macam ni????? Haihhh

 

 

Tahun baru lagi… December 31, 2012

Filed under: dedications — lavenderina @ 5:06 pm
Tags: , ,

Adoii lagi beberapa jam dah nak masuk tahun baru.. Sedey betul tahun ni ada tiga entry jah.. Iye2 je menyesal la mintak mahap la, entry tak jugak sebanyak mana.. Memang gagal total huhuhu..

 

Disebabkan ini entry menjelang tahun baru, biasalah mesti ada cerita pasal azam kan.. So macam biasalah aku pon kenalah cerita pasal azam.. Tapi takde yang luar biasa pasal azam tahun depan.. Masih sama, nak kurus, nak banyakkan update blog, nak jadi muslimah yang lebih baik, nak simpan duit beli kereta baru.. Eh yang ni baru la.. Macam tak pernah nampak pun azam nak beli kereta baru ni hahaha.. Takdela nak beli kereta mahal pon, dapat viva ke myvi pon jadilah.. Sebab dah kena ada dua kereta dah sekarang, dah kira macam keperluan la, bukannya kehendak.. Sebab apa? Huii jenuh kalau nak cerita.. Silap-silap dah abis space yang diberi wordpress ni pon belum tentu ceritanya boleh abis (read: malaslah nak cerita, lainkali bole? hehehe)

 

Hopefully next year will be a better year.. Untuk anak-anak, suami, mak ayah, adik-beradik, sedara mara, kawan-kawan, dan untuk diri sendiri jugak.. Semoga diberi rezeki dan  kebahagiaan seadanya.. Sehingga jumpa lagi tahun depan..

 

Selamat datang 2013🙂

 

 

Pray for Gaza November 19, 2012

Filed under: humanity — lavenderina @ 4:35 pm
Tags: , , ,

Pray for Gaza

Sesungguhnya, bila dah jadi kaum mak-mak ni, hati memang rapuh kalau tengok budak-budak dipukul, apatah lagi diserang dengan bom dan paling tak tahan tengok mayat mereka yang tak berdosa ni walaupun muka diorang ni selalunya aman dan tenang je.. Sebab tu selalu mengelak tengok gambar-gambar dan visual-visual dari sana, cuma dapat baca berita je, tapi tetaplah hati menjadi sayu mengenangkan nasib mereka di sana..

Jadi dengan sedikit ruang yang ada, inginlah saya mengajak anda semua yang membaca post ini untuk membuat apa yang kita termampu untuk diorang, kalau mampu menderma dermalah, kalau mampu boikot syarikat yang menaja rejim Zionis ni boikotlah, dan kalau mampu sebarkan maklumat pasal serangan ni, sebarkanlah.. sekurang-kurangnya lebih ramai lagi dapat membuka mata pasal kekejaman rejim ni..

Dan pada mereka yang sudi untuk menderma, kat sini saya ada beberapa saluran iaitu:

Aman Palestin

SMS PALESTIN10/5/3/1 (untuk RM10, RM5, RM3 dan RM1) dan hantar ke 39111

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95

Dipetik dari http://www.amanpalestin.net/

Islamic Relief Malaysia (IRM)

Bank Islam (BIMB) : 1202 90100 6564 3
Maybank (MBB) : 5621 4270 8704
CIMB (CIMB) : 1259 0000 804 058

Dipetik dari https://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysia

Aqsa Syarif

Maybank Islamic 551575004299
Bank Islam 12092010034904

Dipetik dari https://www.facebook.com/aqsa.syarif

Pada yang nak memboikot, anda tahu apa yang nak diboikot.. Kalau tak tahu boleh google je cari maklumat yang soheh.. Untung sangat di zaman dunia di hujung jari ni kan..

Mungkin ada yang kata, kenapa tak boikot ni, kenapa boikot tu.. Macam saya kata tadi, terpulanglah.. Pilihan di tangan kita.. Buat apa yang termampu.. Kalau kita boikot satu jenama, dan kawan kita boikot jenama lain, dan ada kesannya jugak.. Tapi kalau dapat boikot semua lagi bagus la kan.. Lagi lah ketara kesannya..

Mungkin ada yang cakap Malaysia ni marketnya kecik aje, jadi kalau kita boikot pon diorang tak rugi apa-apa.. Ermm pada saya rugi tak rugi itu belakang kira, tapi kalau 28 juta rakyat Malaysia boikot sesuatu brand tu, kita akan dapat membuat statement yang tegas, yaitu kita membantah serangan seperti ini.. Belum campur lagi boikot-boikot kat negara lain kan.. Jadi akhirnya pasti akan ada kesan pada mereka..

Dan kalau tak mampu buat selain dari yang saya sebut tadi, berdoa untuk mereka sudah mencukupi.. Dan berdoa bukanlah sekecil-kecil perkara.. Doa itu juga adalah senjata orang Islam..

Selamat beramal

Semoga Allah melindungi umat manusia di Palestin dari kekejaman Israel.. Amin